Saturday 26 October 2013

KEAJAIBAN HABBATUSSAUDA


Pagi ni selepas subuh, baring sekejap teman kan anak saya, Muhammad Rifqi Hakim (second last, 3 thn lebih) minum susu, baring sebelah dia sambil pejam kan mata. Selang beberapa minit selepas tu, terasa macam nak terbatuk..kalau batuk saya memang pergi ke bilik air atau sinki, takut ada darah yang akan keluar. Selalunya saya batuk memang akan keluar kahak biasa je. Tapi pagi ni bedarau juga darah saya, sebab saya batuk berdarah. Boleh tahan juga banyaknya, kalau dikumpul mungkin ada setengah cawan teh.

Sebenarnya saya telah disahkan oleh doktor pakar, mengalami sedikit kerosakan pada paru-paru. Menurut doktor pakar tu, pernah berlaku jangkitan di paru-paru saya dan jangkitan tu tidak betul-betul sembuh. Ini menyebabkan berlakunya pengeluaran kahak setiap masa, dan jika ianya tidak dikeluarkan, lama-kelamaan kahak tersebut akan dijangkiti kuman dan berlakulah pendarahan pada salur paru-paru saya (kalau tak silap saya, lebih kurang macam tu lah doktor pakar tu kata). Sepatutnya saya perlu membuat senanam untuk mengeluarkan kahak pada setiap hari dalam 2 atau 3 kali. Dalam seminggu dua ni rasa macam tak sempat nak buat dan itu yang menyebabkan perkara ini berlaku.



Memang panik sangat kalau kita batuk, darah yang keluar, macam-macam saya rasa masa tu..masa tu tekak pun rasa sempit. Perlukah saya ke hospital untuk menerima rawatan, selamatkah saya pada kali ini. Lama saya duduk di dalam bilik air sambil batuk yang semacam tak akan berhenti. Apa yang keluar semuanya darah, tidak ada pun kahak biasa yang berwarna putih. Dalam hati saya kata..kalau saya layan batuk ni tak tau lah berapa banyak lagi darah yang akan keluar. 

Dan saya teringat habbatussauda, yang dijanjikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang mengatakan bahawa habbatussauda adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Saya yakin sangat apa yang rasul kita janjikan tu. Kemudian saya bertekad untuk tahan batuk dan keluar dari bilik air serta terus mengambil habbatussauda, sambil berselawat dan berniat untuk menghilangkan darah yang keluar, saya terus menelan 2 kapsul bersama air. Semasa saya menelan habbatussauda bersama air tu terasa juga pada ketika itu, saya menelan sebahagian dari darah yang masih tertinggal di dalam saluran paru-paru saya.

Selepas itu saya masih juga batuk dan darah juga yang keluar dalam beberapa saat selepas itu..tidak puas hati dengan dua kapsul, saya menambah lagi dua kapsul supaya dapat memberi kesan yang maksimum. Setelah dua atau tiga minit berlalu saya tetap batuk dan berdarah tetapi dalam bentuk yang berlainan. Kalau tadi ia seperti darah yang keluar disebabkan luka..tetapi setelah memakan habbatussauda kahak tersebut seperti sedikit kenyal atau seperti bentuk kahak biasa. Kesan memakan habbatussauda sama juga dengan kesan ubat yang dibekalkan oleh doktor kepada saya sewaktu kes yang sama berlaku pada tahun 2010 lalu. Dalam tempoh tak sampai 1 jam, kahak saya semakin berkurang dan rasa sesak di dada saya sudah tiada lagi. 


Saya berjanji kepada diri saya sendiri untuk terus mengamalkan pengambilan habbatussauda ini demi menjaga kesihatan yang berpanjangan untuk seisi keluarga saya, insyaallah. Dan saya perlu mengambil dos yang disyorkan sebanyak 2 biji 3 kali sehari untuk memulihkan semula paru-paru saya.
Alhamdulillah..sangat bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan untuk menghentikan dari terus batuk berdarah. Maha besar kau Ya Allah..sungguh besar nikmat yang kami terima dari Mu ya Allah..Ya Allah jadikan kami dari golongan orang-orang yang bersyukur. Jangan Kau jadikan kami dari orang-orang yang kufur nikmat.

Aaminnn...