Saturday 24 September 2016

GAJI KECIL TAPI BOLEH SIMPAN


Sejak dulu saya suka simpan duit, saya masih ingat lagi masa saya mula menyimpan. Duit gaji saya masa tu hanya lebih kurang RM300. Walaupun gaji saya hanya sebanyak itu saya tak lupa untuk simpan sebahagiannya. Waktu saya mula-mula menyimpan, saya hanya simpan sebanyak RM50 di dalam akaun BSN. Rasa seronok sangat bila dapat buat simpanan dari hasil titik peluh sendiri. Masa tu saya tak pula rasa nak membeli macam2 seperti remaja2 lain buat. Kalau ikutkan memang susah nak simpan sebab masa tu hidup sendiri, sewa rumah dan makan terpaksa tanggung sendiri..maklumlah hidup merantau di negeri orang. 


Gaji pertama saya juga saya boleh hantar kepada mak saya dikampung, bukan banyak tapi sebagai tanda syukur ada pendapatan sendiri. Masa tu saya kirim dengan emak hanya RM30 jer, walau pun sedikit tapi hati rasa puas. 


Dari dulu tabiat saya memang suka menyimpan, bila duit semakin bertambah di dalam akaun..niat untuk menambah simpanan semakin membara. Kalau ikutkan gaji yang tak sebanyak mana tu, memang akan habis kalau saya jenis yang suka bershopping. Alhamdulillah..


APAKAH GAP



Ramai yang masih tertanya-tanya, apa itu GAP. GAP sebenarnya adalah singkatan kepada Gold Accumulation Program. GAP ni diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan masyarakat memiliki emas serendah 1 gram dengan harga yang sangat berpatutan dan munasabah berbanding emas keluaran syarikat pengeluar emas lain. Dengan ukuran berat yang kecil, semua golongan mampu untuk memiliki dan menyimpan emas.

 SIMPAN ATAU AMBIL EMAS


GAP juga adalah seperti sebuah akaun emas, tapi tetap disokong dengan emas fizikal. Penyimpan atau pembeli bebas membuat pilihan samada untuk menyimpan emas terus di akaun GAP tersebut atau mengambilnya di mana-mana cawangan Public Gold untuk dipegang sendiri bagi mendapat aura emas tu sendiri. Tapi bagi yang rasa susah untuk menyimpan kerana takut hilang atau mungkin terlupa tempat simpanan emas kita tu, kita ada pilihan untuk membiarkan emas tersebut di akaun GAP tanpa sebarang upah simpan.


GAP LEBIH MURAH



Harga emas yang dibeli melalui kaedah GAP juga adalah lebih murah berbanding belian emas non GAP yang harganya adalah mengikut “retail price” Beza harga belian antara keduanya adalah sekitar RM15-RM20 untuk 1gram. 



Harga emas yang dibeli melalui kaedah GAP, RM 190/gram (mengikut harga semasa) + RM5 (caj premium) dibayar semasa nak ambil emas di cawangan Public Gold



Harga emas yang dibeli secara biasa/non GAP, RM215 (mengikut harga semasa)

Tuesday 30 August 2016

TIPS BELI EMAS


Bila anda ada keinginan untuk memulakan pelaburan atau menyimpan emas, beberapa perkara perlulah dikenal pasti sebelum anda membeli emas tersebut. Bukan apa, takut anda tersalah pilih. Sebab semua orang tau, emas adalah barang berharga sekalipun ia berbentuk debu. Kalau kita ada pilihan untuk membeli emas yang terbaik, alangkah ruginya kita, apabila terpaksa membeli dengan harga yang lebih tinggi sedangkan sifat emas tu sama saja dari segi ketulenan dan beratnya. Disini saya kongsikan beberapa faktor yang perlu diambilkira sebelum anda membeli emas pelaburan.


Faktor Pertama ~ Susut Nilai @ Spread Rendah

Anda kena pastikan susut nilai atau spread sesuatu item emas itu rendah. Spread atau susut nilai tu bermaksud perbezaan harga kita beli dan harga apabila kita jual semula emas tu. Iannya boleh kita ketahui dalam bentuk % atau Ringgit Malaysia. 

Monday 16 May 2016

SELOKA SENTAP SILATURRAHIM






Bukan mudah mengucap maaf, kalau bukan seorang pemaaf. Bukan mudah mengaku salah kalau bukan kerana diri muhasabah. Bukan mudah untuk redha, jika hati tidak pernah sedar. Jika tidak kerana mu Ya Allah mungkin tidak akan mampu diluah, manakan tidak sudah puas hati disentap, menanggung duka yang kerap dihadap.


Tidak diendah ketika bersua, hati terguris bagai dihiris, menahan sebak hingga tersedak, hati sedih tak pernah pulih. Namun layanan mu masih ada kasih, tiada tanda pernah diguris, tiada dendam berserta kesumat, sentiasa ceria tika di sapa, raut muka tidak pula mencuka,.


Mengapa manusia sanggup begitu, hati tidak pernah ada susah, diri tidak terasa insaf, hingga sanggup buat derhaka, tidak kira dosa atau pahala. Sudah-sudahlah berperangai begitu, jangan pula sampai tak sempat, taubatlah segera moga dimaaf.


Ibu bukan tandingan untukmu, ibu mulia disisi semua..bukan saja ibu kandungmu tapi juga ibu mertuamu, darjatnya sama.. sama juga seperti suamimu. Kekalkanlah silaturrahim ini, jenguklah selalu sepertu juga ibu kandungmu, jangan disemai lagi baka kesumatmu, jangan dibaja kiranya tersemai, akhiri hidupmu dengan silaturrahim, silaturrahim yang sihat dan juga subur, seperti suburnya kesumat mu dulu.


Jangan diulang perangai lama mu, banyak yang rugi dari untungnya, bahana didunia mungkin belum nampak lagi, tapi di akhirat macam sudah pasti. Baki umurmu untuk diinsafi, apa yang terlanjur boleh diampuni, hanya taubat pada yang ESA..insyaallah pintunya masih  lagi terbuka, sebelum terlambat buat lah segera, jika ditangguh pastinya merana.


Silaturrahim ini perlu dijaga, sebagai syarat untuk ke syurga..walau yang lain suci dijaga, tapi yang ini wajib dijaga, seperti menjaga tiang agama, tanpa nya juga pasti neraka.



Kedit foto : SyafiqahMohammad

Wednesday 11 May 2016

TERIMA SEADANYA ...




Bila tengok anak orang berjaya dengan cemerlang dalam akademik hati rasa seronok bercampur sedih. Seronok sebab Allah bagi kelebihan pada anaknya bijak dan boleh dapat 10A, 11A, 12A dalam peperiksaan. Tapi bila tengok anak kita, semuanya pada tahap biasa-biasa dan yang tak menunjukkan minat untuk belajar pun ada. Dalam hati terfikir juga, mungkin kita tak pandai ajar anak atau tak boleh nak disiplinkan diri anak-anak untuk belajar dengan baik. Namun, bila di amat-amati semula, kadang-kadang ada jer anak-anak yang tak dijaga oleh ibu bapa ataupun kadang-kadang ibu bapanya tidak ambil tahu pun pelajaran anak-anaknya, tapi anak-anaknya tetap cemerlang akademik. Sebagai contoh, ibu bapa bercerai berai..emak entah kemana, si ayah cari pasangan lain dan tidak ambil tau pun anaknya bersekolah atau tidak. Tapi anaknya ok jer..belajar bagus, keputusan cemerlang.


Tapi kita ni dah berbuih-buih mulut suruh anak belajar, nasihat elok-elok sudah..marah-marah pun pernah. Bagi contoh macam-macam cerita, cerita zaman dulu punya la susah, nak makan nasi pun payah, asyik makan ubi jer, pergi sekolah naik basikal berbatu-batu jauhnya. Kalau basikal cantik tak per.. basikal pun dah boleh masuk muzium. Cerita sambil menangis bukan main lagi, nak bagi anak sama-sama sedih dengan kita dan supaya dia dapat menjiwai kesusahan kita dimasa lampau.  Dengan harapan anak boleh berubah dan boleh belajar bersungguh-sungguh demi masa depannya.


Kadang-kadang kalau dah geram sangat, pukul juga anak tu biar dia sedar diri yang kita suruh belajar ni bukan main-main tapi suruh sungguh-sungguh. Denda anak suruh anak tidur luar pun ada (sekejap la, nanti kalau lama hilang pulak.. susah) biar dia serik dan lepas ni kena belajar betul-betul. Pendek kata bukan tak ambil tau langsung tentang pelajaran anak, tapi walaupun dah berusaha nasihat, denda dan bagi contoh orang-orang yang dah berjaya, pencapaian akademik masih sama dari dulu, kini dan harap-harap tak selama-lamanya. Saya tak mampu untuk bacakan buku untuk mereka, saya tak mampu untuk jawab kan soalan peperiksaan mereka kerana ini tanggungjawab mereka sendiri. Saya juga tak mampu mengawal sepenuh masa semasa mereka belajar kerana saya juga ada tugas lain yang perlu diselesaikan sesuai dengan tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri dan anak.

Tuesday 10 May 2016

HUTANG ... PENAMBAH BEBAN




Sekarang dah masuk bulan Syaaban, tak lama lagi bulan Syawal akan menjelma. Selalunya bulan Ramadhan lah ramai yang mula bershoping. Dari pakaian, biskut raya hinggalah peralatan rumah..tak kurang juga yang sibuk untuk renovate rumah, nak menyerikan lagi rumah mereka. Bagi saya semua tu tiada masalah cuma perlulah berpada-pada, sebab hari raya bukan sekali. Setahun ada dua kali, setiap tahun insyaalllah jika dipanjangkan umur, kita akan melalui hari raya.


Bila sebut berbelanja, kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan. Bagi saya, kalau baju raya tahun lepas masih elok dan saiz tidak mengecil, pakai je la baju tu atau sekurang-kurang beli la sepasang seorang lagi baju baru untuk anak-anak bagi meraikan mereka. Tak perlulah beli berpasang-pasang sebab kadang-kadang baju lama masih ada yang elok lagi kan untuk dipakai pada hari raya kedua, ketiga dan seterusnya.


Selalu juga saya perhati bila nak raya, ada saja lori dari syarikat perabut datang menghantar barang-barang perabut di taman-taman perumahan. Mungkin perabut mereka telah rosak atau sebagainya. Namun itu semua tidak menjadi masalah bagi saya. Selagi ia dibayar secara tunai, sila kan lah..tak rugi apa-apa pun.


Elak Diri Dari Berhutang



Yang menjadi masalahnya bila barang-barang tersebuit dibayar secara hutang. Harga hutang dengan harga tunai jauh bezanya. Dengan harga hutang kita terpaksa tambah beberapa persen lagi dari harga sebenar sebab kita dibenarkan bayar secara beransur-ansur. Bayar duti deposit saja, kita boleh bawak balik barang dan nampak lah rumah kita cantik dengan adanya perabut baru tersebut. Lebih lagi lagi pasaraya C**** ******h, tak bayar langsung..bawa jer balik dulu. Bayarnya nanti-nanti jer kan.


Thursday 5 May 2016

DAHULUKAN HUTANG, KETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI




Hutang memang menjadikan kita rasa tak selesa jika masih belum dilunaskan, walau dengan siapa pun kita berhutang, hati tak akan tenang. Hatta dengan TNB, SYABAS, TM, MAXIS dan sebagainya. Apa lagi dengan adik beradik, kawan-kawan atau individu tertentu yang kita sentiasa saja berjumpa atau selalu berada di kalangan mereka ini. 


Kalau boleh tak nak terjumpa sebab rasa macam serba salah walaupun kita dah janji untuk bayar semula bila sampai masanya nanti. Walaupun hutangnya tidak sebanyak mana tetapi perasaan serba salah tetap muncul setiap kali bertemu dengan si pemberi hutang. Tapi ini cerita orang yang ada perasaan dan benar-benar nak bayar semula hutangnya bila saja sampai masanya nanti. 


Tapi ada juga segelintir manusia yang tau hutang itu wajib dilunaskan, namun sentiasa saja menangguhkannya dengan alasan yang bermacam-macam. Nak dikatakan tidak cukup wang, tidak juga sebab bila diperhatikan cara dia berbelanja dan bergaya memang bukan itu alasannya. Apa yang lebih memelikkan seperti tiada apa yang berlaku dengan gaya hidupnya yang bermewah-mewah. Makan direstoran mewah, beli pakaian yang mahal-mahal, boleh bercuti ke tempat menarik bersama keluarga. 

Monday 14 March 2016

ZAKAT EMAS


Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.

At- Taubah; ayat 34-35


ZAKAT EMAS DIKIRA DALAM DUA KEADAAN


# Pertama : Emas Yang Tidak Dipakai (Disimpan) 


Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Thursday 10 March 2016

APA KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD



Ada yang bertanya apa benefit yang akan diterima sekiranya mereka membeli emas Public Gold. Saya tidak pasti apakah tujuan mereka bertanya. Samada ingin menguji atau atau betul-betul nak tahu berkenaan ganjaran yang mungkin akan diterima sekiranya membeli emas dengan PG.

Untuk makluman semua, terdapat beberapa benefit yang akan diterima jika kita membeli emas Public Gold, antaranya adalah :

1. Beli emas dapat emas, bukan dapat income bulan (seperti skim cepat kaya)
2. Menjana keuntugan dalam jangka masa panjang
3. Dapat membeli emas dengan harga yang murah berbanding emas keluaran syarikat lain
4. Jual balik dengan susut nilai yang sangat rendah
5. Tiada risiko kehilangan duit/kerugian kerana ia bukan skim cepat kaya
6. Boleh gadaikan emas di Ar Rahnu tanpa banyak soalan
7. Boleh jadikan sebagai dana untuk pelajaran anak-anak pada masa depan

dan bermacam-macam lagi kelebihan/manafaat jika anda beli atau simpan emas Public Gold, terlalu banyak kelebihan yang ada pada emas Public Gold..sila rujuk satu persatu kelebihan tersebut seperti dibawah ni ..

Tuesday 1 March 2016

PELABURAN HARTANAH ATAU EMAS


Saya cuba syorkan kepada seorang kawan tentang kelebihan pelaburan emas sebab dia orang berbisnes. Jadi saya cuba syorkan kepada dia, supaya dia boleh selamatkan separuh dari hartanya untuk ditukar kepada emas. Setelah kami bersembang melalui wassap tentang kelebihan menyimpan emas, dia beritahu saya, dia telahpun membeli emas yang saya maksudkan tu, iaitu emas pelaburan sejak lebih kurang 2 tahun yang lalu. 



Dengan nada menyesal, dia seakan mengeluh kerana harga emas tidak pernah naik semenjak dia membeli emas tersebut 2 tahun lepas. Saya cuba tanya kepada dia, berapa banyak emas yang dibelinya dan emas keluaran mana. Rupa-rupanya dia membeli emas Pamp Suisse Gold Bar di Ar Rajhi Bank dengan kuantiti berat seberat 1 kg dan kawan saya telah beli 2 ketul jongkong sekali gus.