Saturday 9 November 2013

BERBANGGA ATAU BERSYUKUR

Bangga mengikut maksud di dalam kamus bahasa melayu Dewan Bahasa dan Pustaka adalah berbesar hati atau megah manakala syukur membawa maksud terima kasih yang merujuk kepada pemberian atau kurniaan Allah kepada hambanya. Apakata kita muhasabah diri, samada kita berbangga atau bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita.

Berbangga atau bersyukurkah kita apabila dikurniakan kekayaan oleh Allah SWT, ianya tidak dikira mensyukuri nikmat kekayaan selagi mana kita tidak mengeluarkan zakat daripada harta yang diperolehi yang diwajibkan. Nikmat kekayaan lebih disyukuri lagi bilamana sesesorang itu mengimfaqkan sebahagian dari hartanya untuk kemashalatan atau manafaat kepada agama Islam. Jangan sekali-kali berbangga dengan setiap kekayaan yang dianugerahkan Allah kerana dengan hanya beberapa detik Allah mampu menarik balik nikmat tersebut dengan pelbagai cara yang Allah kehendaki.