Wednesday 28 October 2015

TAK PERLU KAYA UNTUK BELI EMAS



Kadang-kadang saya sengaja tanya pada adik-adik yang muda-muda ditempat kerja, yang belum banyak komitmen dengan duit gajinya.. "bila awak nak mula simpan emas? simpan emas boleh elak kebocoran wang.." Adik tu kata, "saya belum kaya lagi, macamana nak beli emas". Itu jawapan adik tu dan saya hanya tersenyum dengan jawapannya. Tiada siapa boleh paksa untuk orang beli emas. Bila ada kesedaran dan dah tahu kelebihan simpan emas, insyaallah pasti dia akan mula membeli dan menyimpan emas. Ya lah, kalau orang tanya masa saya muda-muda dulu pun, mungkin itu juga jawapan saya. Maklumlah, tak ada siapa yang nak ceritakan pasal emas ni. Kalau dari dulu orang cerita tentang kelebihan emas pada saya, mungkin dah lama saya mula simpan dan dah bertimbum emas yang saya kumpul.


Memang dulu saya tak minat nak beli emas, lebih-lebih lagi emas perhiasan. Nak pakai rimas, dah beli tak pakai, lepas tu nak simpan kat rumah takut kena curi. Memang dah kena curi pun barang kemas saya tu, saya simpan emas tu (gelang dan cincin) dalam almari, balik dari kerja, tengok-tengok almari dah kena selongkar dan barang kemas saya tu dah tak ada. Siapa suruh tak pakai, nasib la. Jadi memang saya tak minat nak beli emas perhiasan sejak dulu, sebab saya tak suka pakai. 

Tuesday 27 October 2015

TAWARAN HEBAT DARI PUBLIC GOLD



Peluang Anda Menjana Keuntungan Dengan Public Gold



Tawaran Pertama

Dengan hanya belian GAP sebanyak RM10k, anda layak menjadi Dealer Public Gold (RM30k jika tiada promosi) Anda juga layak mendapat + 1 peluang cabutan bertuah ke Turkey (bernilai RM15k++) + baucer tunai RM100


Tawaran Kedua


Dengan hanya belian GAP sebanyak RM30k, anda layak menjadi Priority dealer Public Gold (RM200k jika tiada promosi) Anda juga layak mendapat + 3 peluang cabutan bertuah ke Turkey (bernilai RM15k++) + baucer tunai RM300. 

Unutk maklumat lanjut : Hubungi saya : 0162131237 Whatsapp/Call/SMS

Sunday 25 October 2015

EMAS PUBLIC GOLD 0% GST



Beruntungnya mereka yang membeli emas Public Gold, tidak kira mereka sebagai pelabur, penyimpan atau peniaga. Bagi emas pelaburan yang berketulenan 999.9 yang dikeluarkan Public Gold, ia telah melalui tapisan dan berada di dalam senarai "Good Delivery", mendapat pengiktirafan dari London Bullion Market Association (LBMA) dan dibebaskan dari GST. Public Gold adalah satu-satuya syarikat pengeluar emas yang mengecualikan GST. Walaupun tidak kesemua item emasnya dibebaskan dari GST, kita masih boleh membuat pilihan untuk memilih item yang tidak dikenakan GST bagi tujuan simpanan atau pelaburan. Bagi item-item emas yang bukan berketulenan 999.9, Public Gold telah menaikkan spreadnya dari 4.5% - 8% kepada 10% sahaja yang mana ia jauh lebih baik dari syarikat atau kedai emas yang lain. Samada anda percaya atau tidak, itu lah hakikatnya yang saya rasa amat rugi jika sekiranya anda tidak mengambil peluang untuk membeli emas di syarikat ini. 


Jongkong emas dan Dinar yang masih dikenakan GST yang spreadnya telah dinaikkan
kepada 10% bagi semua item. Emas ini kurang sesuai untuk tujuan pelaburan kerana spreadnya
yang agak tinggi, walau bagaimanapun ia masih rendah berbanding spread yang lebih tinggi
yang dikenakan oleh syarikat atau kedai emas lain.



URUSNIAGA DENGAN NON-MUSLIM


Saya suka tolong diri sendiri sebelum saya tolong orang lain dan tak suka menipu diri sendiri dalam sebarang urusniaga atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan dari orang lain. Pada saya apa yang terbaik buat saya, yang boleh memberikan banyak manfaat kepada diri saya. Itu lah perkhidmatan yang akan saya pilih. Kalau membeli sesuatu pun, saya akan pilih yang mana akan memberi lebih keuntungan atau manfaat kepada saya. Selagi ianya halal dan tidak bercanggah dengan syariat yang digariskan oleh Allah swt, ianya akan menjadi pilihan saya. Di dalam islam juga, tidak ada sebarang larangan dalam urusniaga dengan non muslim. Selalunya masyarakat akan mempertikaikan soal urusniaga dengan orang bukan islam dengan alasan tidak membantu sesama islam. Kalau betul-betul kita hanya nak berurusniaga sesama islam, mungkin banyak keperluan atau kemudahan yang kita tak boleh perolehi sepenuhnya. Maklumlah bidang bisnes selalunya dimonopoli non muslim. Malah produk yahudi yang selalu kita nak boikot tu pun, kadang-kadang kita dah terbeli secara sedar ataupun tidak. 

Bantu Diri Sendiri Sebelum Bantu Orang Lain


Bukan tidak mahu membantu sesama muslim, tetapi siapa pula nak bantu kita, kalau bukan diri kita sendiri. Kalau sesuatu barang tu mahal, siapa yang bayar..kita sendiri juga kan. Kalau ikut prinsip saya, bantulah diri sendiri sebelum bantu orang lain, sebab selalunya setiap apa yang kita bayar atas barang yang dibeli atau perkhidmatan yang kita terima, ia adalah untuk kepentingan kita,  bukan tujuan sebenar kita untuk membantu penjual tersebut. Tidak salah rasanya untuk memilih barangan yang lebih murah atau perkhidmatan yang lebih berkualiti dengan tawaran harga yang munasabah dengan orang bukan islam. Berbanding dengan urusniaga dengan orang islam sendiri tetapi mengenakan caj perkhidmatan yang mahal ditambah lagi dengan kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan, ia sedikit sebanyak akan merugikan dan boleh mendatangkan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diterima. 

Friday 16 October 2015

KONGSI SUSAH BERSAMA


Duit aku, duit aku..duit suami pun duit aku. Biasa tak dengar pepatah tu? Pepatah ker apa yer..saya pun kurang pasti. Tapi kita selalu juga dengar dan tau maksudnya kan. Selalunya pepatah ni digunakan oleh isteri-isteri yang bekerjaya dan punya gaji sendiri. Siapa setuju angkat tangan dan siapa tak setuju geleng kepala. Kalau saya dua-dua saya setuju. 

Setuju


Saya setuju sangat dengan pepatah tu sekiranya memang suami tu mampu, pendapatan berlebihan dan mampu untuk menampung semua keperluan dan juga menanggung semua perbelanjaan didalam keluarganya. Selalunya suami jenis ni mempunyai jawatan tinggi dalam mana-mana syarikat ataupun badan-badan kerajaan. Suami yang bisnesnya dah mula kukuh dan mantop juga tak ada masalah kalau isterinya mengguna pakai pepatah tu. Jadi memang suami tak ada masalah untuk menanggung semua keperluan keluarga malah boleh beri gaji bulanan pula kepada isteri. Bersyukurlah kepada isteri-isteri yang punya suami berduit walau tak kaya sekalipun.

Thursday 15 October 2015

CARA BELI EMAS ONLINE


Cara beli emas Public Gold secara online memang amat mudah, semuanya bermula dihujung jari anda. Ia sentiasa dibuka 24 jam sehari dan bukan seperti kedai emas biasa yang dibuka hanya dari pukul 10 hingga 9 malam sahaja. Kalau nak lebih mudah dari tu boleh terus call, whatsapp atau sms jer pada saya (016-2131237). Insyaallah kalau tak ada masalah yang tidak dapat dielakkan saya akan cuba uruskan dengan sebaiknya. Cuma anda perlu beri maklumat yang diperlukan seperti :



1. Nama Penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. No. Telefon
4. Alamat Email
5. Jenis emas yang nak diberli
6. Nak ambil emas di cawangan mana yang berdekatan dengan tempat tinggal atau tempat kerja


Kalau nak buat order sendiri boleh terus pergi ke laman web Public Gold https://publicgold.com.my/v1/ dan ikut step yang ditunjukkan di bawah :

Saturday 10 October 2015

TIPS INFAQ KALIS RIAK


Apa perasaan anda bila sesekali mengisi tabung masjid atau mengisi mana-mana tabung infaq (terutamanya dipasar malam yang mengutip dana untuk maahad tahfiz atau sebagainya atau dimana-mana tempat lain) dengan jumlah yang agak banyak dan pada masa yang sama ada orang melihat atau mengetahui anda sedang melakukan perkara tersebut. Pernah tak anda rasa konfius dengan perasaan anda pada masa itu, memang hati kita kata kita tak riak pun, tak ada apa-apa perasaan pun. Bersedekah memang kerana Allah, bukan kerana yang lain. Itu kita pasti dan tau dek kerana riak segala sumbangan atau amalan kita tidak akan diterima nanti kerana riak juga merupakan salah satu syirik kecil.


Ada tak terbit rasa tak yakin dengan hati kita yang mengaku tak rasa riak, tapi syaitan punya angkara kita semacam terjebak juga dengan tipu dayanya. Almaklumlah, syaitan kan suka kita jadi penemannya masa di akhirat nanti. Bukan apa, ruginya kita kalau apa yang kita sedekahkan dengan nilai yang banyak atau kiranya ia sedikitpun  tidak apa-apa imbalan yang kita akan terima diSANA nanti. Kalau perkara-perkara lain rasanya memang susah kita nak riak, tapi bila infaq atau sedekah ni macam senang jer kita nak terjebak.

KENAIKAN GAJI @ ELAUN : MANAFAATKAN SEBAIKNYA


Semua penjawat awam yang berada di gred 41/42 dan ke bawah akan menerima Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM300 sebulan mulai November 2015. Penambahan sebanyak RM50 hingga RM120 sebulan dari kadar sedia ada bagi gred 11 hingga 41/42 adalah untuk meringankan kos sara hidup yang semakin tinggi. Walaupun tidak sebanyak mana kenaikan yang diperolehi, tapi sekiranya ia dimanafaatkan dengan sebaiknya, ianya akan memberi impak yang besar samada untuk perbelanjaan mahupun dalam bentuk simpanan. Walau ia sedikit, kalau disimpan tentunya lama-lama ia akan semakin membukit. Jangan jadikan alasan sedikit untuk menghalang kita dari memulakan simpanan.


Jangan Tambah Hutang


Selalunya bila ada khabar gembira tentang kenaikan gaji atau elaun, sesetengah dari kita mula mencongak-congak apa patut dibeli dengan penambahan elaun yang akan diterima nanti. Jika congakan kita tu menguntungkan, alhamdulillah..tapi jika sebaliknya, fikir-fikirkan semula. Bukan kerana apa, hidup kita mungkin masih panjang yang memerlukan kita berhati-hati dalam percaturan pada setiap perbelanjaan. 

Friday 9 October 2015

DUIT ATAU EMAS? MANA LEBIH UNTUNG




Ramai orang tanya apa untungnya simpan emas, lebih baik simpan duit jer. Ada pula yang fikir, buat apa susah-susah untuk simpam emas, simpan jer duit tu kat Tabung Haji. Ada jer keuntungan yang kita dapat setiap tahun kata mereka. Tak kurang juga yang kata..simpan emas nanti kena keluarkan zakat. Dan macam-macam lagi alasan untuk mereka tidak mengeluarkan simpanan dari dalam mana-mana bank atau Tabung Haji. Kalau anda nak tau, itu lah juga yang saya fikirkan apabila saya baca artikel yang mengatakan tentang kelebihan menyimpan emas di dalam blog pelabur-pelabur emas. Tapi sekarang saya dah ubah fikiran, saya dah faham tentang kelebihan simpan emas dan sekarang saya nak sahabat-sahabat saya juga faham tentang emas. Jika masih ada yang belum faham, cari dulu ilmu dan fahamkan dulu tentang kelebihan menyimpan emas. Jika tidak ada ilmu, kita tak akan tau matlamat kita menyimpan emas. Dan ketahui juga Tips Beli Emas supaya anda tidak tersalah pilih untuk memulakan simpanan emas.


Saya memang setuju kalau duit kita tu disimpan di dalam Tabung Haji atau dimana-mana bank pun tetapi tidak lebih dari keperluan yang akan digunakan semasa kecemasan sahaja. Selebihnya saya rasa tak berbaloi kalau kita tidak keluarkan untuk tujuan pelaburan atau selamatkan ia dari dimakan inflasi. Emas atau wang, keduanya memang kena bayar zakat sekiranya cukup haul dan nisabnya. Jadi anda tak perlu risau simpan emas sebab ianya juga seperti wang simpanan yang wajib keatasnya dibayar zakat. Hakikatnya sama saja cuma, kalau di Tabung Haji, zakat simpanannya akan diuruskan oleh pihak Tabung Haji.