Wednesday, 28 October 2015

TAK PERLU KAYA UNTUK BELI EMAS



Kadang-kadang saya sengaja tanya pada adik-adik yang muda-muda ditempat kerja, yang belum banyak komitmen dengan duit gajinya.. "bila awak nak mula simpan emas? simpan emas boleh elak kebocoran wang.." Adik tu kata, "saya belum kaya lagi, macamana nak beli emas". Itu jawapan adik tu dan saya hanya tersenyum dengan jawapannya. Tiada siapa boleh paksa untuk orang beli emas. Bila ada kesedaran dan dah tahu kelebihan simpan emas, insyaallah pasti dia akan mula membeli dan menyimpan emas. Ya lah, kalau orang tanya masa saya muda-muda dulu pun, mungkin itu juga jawapan saya. Maklumlah, tak ada siapa yang nak ceritakan pasal emas ni. Kalau dari dulu orang cerita tentang kelebihan emas pada saya, mungkin dah lama saya mula simpan dan dah bertimbum emas yang saya kumpul.


Memang dulu saya tak minat nak beli emas, lebih-lebih lagi emas perhiasan. Nak pakai rimas, dah beli tak pakai, lepas tu nak simpan kat rumah takut kena curi. Memang dah kena curi pun barang kemas saya tu, saya simpan emas tu (gelang dan cincin) dalam almari, balik dari kerja, tengok-tengok almari dah kena selongkar dan barang kemas saya tu dah tak ada. Siapa suruh tak pakai, nasib la. Jadi memang saya tak minat nak beli emas perhiasan sejak dulu, sebab saya tak suka pakai. 


Faham Dulu, Minat Akan Menyusul


Dalam dua, tiga tahun kebelakangan ni baru saya sedar dan terfikir nak simpan emas (tapi bukan emas perhiasan) sebab dah ada orang terangkan kelebihan simpan emas ni. Saya pun dah faham yang sebenarnya untuk simpan emas seseorang tu tak perlu kaya seperti yang adik tu cakap. Memang susah nak kaya, tunggu sampai bila pun, belum tentu kita akan kaya. Lebih baik beli emas dulu, mana tau kita boleh kaya dengan simpan atau labur emas tu. Bukan tunggu duit berpuluh-puluh ribu pun untuk mulakan simpanan emas. Ada duit sikit beli la sikit, ada duit banyak bolehlah beli banyak-banyak. Daripada langsung tak beli dan duit terus habis dibelanjakan pada perkara-perkara yang kurang manafaat. Disamping menabung, kita boleh jana keuntungan dengan pelaburan emas tu sendiri. Kalau tak kaya pun, kurang-kurang duit kita tak susut dimakan inflasi sebab emas dari dulu sampai sekarang memang menjadi suatu aset yang sangat berharga, bukan semakin susut nilai nya tapi semakin tinggi nilainya.



Nilai Emas Sama Dengan 1400 Tahun Yang Lalu



Bayangkan dari dulu seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar, sehingga hari ini pun kambing masih boleh dibeli dengan 1 dinar. Ada tempat yang menerima 1 dinar untuk kita memiliki kambing bagi tujuan qurban atau aqiqah. Betapa nilai emas yang begitu tinggi berbanding nilai wang kertas yang semakin susut nilai dan hilang kuasa belinya. Dua puluh tahun dulu, kalau dapat duit raya RM1, rasa seronok bagai dunia ini ana yang punya. Tapi sekarang bagi duit raya RM1 pada anak-anak zaman ni, memang budak-budak tu akan kata "macam haji bakhil la acik ni". Nilai wang kertas memang saban tahun akan susut nilainya dan kuasa beli tidak seperti dulu lagi.




Kredit Foto : Jutawanemas