Saya suka tolong diri sendiri sebelum saya tolong orang lain dan tak suka menipu diri sendiri dalam sebarang urusniaga atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan dari orang lain. Pada saya apa yang terbaik buat saya, yang boleh memberikan banyak manfaat kepada diri saya. Itu lah perkhidmatan yang akan saya pilih. Kalau membeli sesuatu pun, saya akan pilih yang mana akan memberi lebih keuntungan atau manfaat kepada saya. Selagi ianya halal dan tidak bercanggah dengan syariat yang digariskan oleh Allah swt, ianya akan menjadi pilihan saya. Di dalam islam juga, tidak ada sebarang larangan dalam urusniaga dengan non muslim. Selalunya masyarakat akan mempertikaikan soal urusniaga dengan orang bukan islam dengan alasan tidak membantu sesama islam. Kalau betul-betul kita hanya nak berurusniaga sesama islam, mungkin banyak keperluan atau kemudahan yang kita tak boleh perolehi sepenuhnya. Maklumlah bidang bisnes selalunya dimonopoli non muslim. Malah produk yahudi yang selalu kita nak boikot tu pun, kadang-kadang kita dah terbeli secara sedar ataupun tidak.
Bantu Diri Sendiri Sebelum Bantu Orang Lain
Bukan tidak mahu membantu sesama muslim, tetapi siapa pula nak bantu kita, kalau bukan diri kita sendiri. Kalau sesuatu barang tu mahal, siapa yang bayar..kita sendiri juga kan. Kalau ikut prinsip saya, bantulah diri sendiri sebelum bantu orang lain, sebab selalunya setiap apa yang kita bayar atas barang yang dibeli atau perkhidmatan yang kita terima, ia adalah untuk kepentingan kita, bukan tujuan sebenar kita untuk membantu penjual tersebut. Tidak salah rasanya untuk memilih barangan yang lebih murah atau perkhidmatan yang lebih berkualiti dengan tawaran harga yang munasabah dengan orang bukan islam. Berbanding dengan urusniaga dengan orang islam sendiri tetapi mengenakan caj perkhidmatan yang mahal ditambah lagi dengan kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan, ia sedikit sebanyak akan merugikan dan boleh mendatangkan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diterima.
Bantu Orang Lain Untuk Dapat Yang Terbaik
Bila kita dah tahu sesuatu perkara yang baik dan boleh beri banyak manfaat kepada orang lain, lagi elok kita sampaikan perkara yang baik tu kepada orang lain pula. Kalau kita kaya, ajak orang lain kaya seperti kita juga. Kalau kita berjaya, boleh bantu kawan-kawan kita supaya berjaya macam kita. Jangan biarkan kawan kita pilih jalan yang kurang tepat dan merugikan, kalau kita ada jalan singkat untuk menjadikan kawan kita tu berjaya dengan cepat. Saya suka tunjukkan pada kawan-kawan tentang perkara yang mereka tak tahu, dan suka ajarkan mereka jika mereka tak faham tentang sesuatu perkara yang baik. Disamping kita dapat menambah nilai hidup mereka, insyaallah Allah s.w.t akan beri ganjaran kepada kita atas ilmu yang kita beri. Jangan sombong dan kedekut dengan ilmu yang kita ada kerana sesungguhnya ilmu yang kita ada tu juga adalah anugerah dari Allah s.w.t.
Jangan Hipokrit
Selalu juga saya dengar sesetengah dari kita berkata "belilah dengan orang islam, siapa lagi nak tolong islam?". Kalau ikut saya memang saya suka nak tolong sesama muslim, memang itu yang terbaik. Tetapi kalau kita ada pilihan yang terbaik, tidak salah rasanya untuk kita memilih yang terbaik walau ia melibatkan urusniaga dengan non muslim. Kadang-kadang masyarakat kita ni kebanyakannya hipokrit. Bila dia ada kepentingan dengan urusniaga bersama orang islam tu sendiri, dia akan canangkan supaya berurusniaga lah dengan sesama muslim, "bantulah sesama muslim" sedangkan pada masa yang sama banyak lagi urusniaganya yang dijalankan bersama dengan non muslim. Dek kerana keghairahannya mempromosikan bisnes yang dijalankan bersama orang islam itu tadi, dia memperlekehkan orang lain yang menjalankan urusniaga dengan yang non muslim.
Setiap perkhidmatan atau perniagaan, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Tidak perlu perlekeh orang lain untuk mengalihkan minat pelanggan kepada perniagaan yang kita jalankan. Apa yang perlu diketengahkan adalah kelebihan yang ada pada produk kita dan sama-sama bersaing untuk menjadikan bisnes kita sama-sama maju seperti bisnes orang lain. Tidak perlulah jual perkataan "ISLAM" untuk memajukan bisnes kita malah lebih teruk memburukkan bisnes orang lain demi kepentingan bisnes yang kita jalankan.
# Renungan buat diri sendiri dan kepada yang ingin menjadikan ianya sebagai renungan.
Bersaing Secara Sihat
Setiap perkhidmatan atau perniagaan, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Tidak perlu perlekeh orang lain untuk mengalihkan minat pelanggan kepada perniagaan yang kita jalankan. Apa yang perlu diketengahkan adalah kelebihan yang ada pada produk kita dan sama-sama bersaing untuk menjadikan bisnes kita sama-sama maju seperti bisnes orang lain. Tidak perlulah jual perkataan "ISLAM" untuk memajukan bisnes kita malah lebih teruk memburukkan bisnes orang lain demi kepentingan bisnes yang kita jalankan.
# Renungan buat diri sendiri dan kepada yang ingin menjadikan ianya sebagai renungan.