Friday 25 September 2015

YEAHHH..HARI NI GAJI


Pelikkk kan.., kenapa saya baru dapat gaji, orang lain semua dah dapat lama dah. 

Selalunya pada setiap 25 haribulan pada setiap bulan, penjawat awam atau orang kerja gomen akan dapat gaji pada tarikh tersebut, kecuali pada bulan-bulan yang didalam terdapat sebarang perayaan atau sebab-sebab tertentu, maka gaji penjawat awam akan di awalkan mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Pada bulan September ni, penjawat awam telahpun menerima gaji seawal 17 September sempena menyambut perayaan Hari Raya Eidul Adha. 


Tapi bagi saya, saya tetap akan menerima gaji pada 25 haribulan. Saya tak pernah anggap saya terima gaji awal. Saya kena pastikan saya tak termakan gaji bulan berikutnya kalau gaji pada bulan berikutnya tu diterima lebih awal. Bagi saya, kalau saya ambil gaji lebih awal sebelum waktunya, dikira macam saya sengaja cari pasal. 

Monday 21 September 2015

EMAS PUBLIC GOLD PILIHAN TERBAIK



Ada yang masih tercari-cari emas mana yang paling sesuai untuk dijadikan simpanan, diniagakan atau bagi tujuan pelaburan. Terdapat juga diantara kita yang tak tau nak membandingkan perbezaan diantara kebanyakan emas yang diperkenalkan oleh syarikat penjual emas pada masa ini. Bagi yang pernah terjebak dengan skim cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas pula takut tertipu dengan janji manis yang ditawarkan oleh individu atau syarikat yang tidak bertanggungjawab. Menjadi fobia dan mimpi ngeri bagi mereka yang pernah kerugian berpuluh-puluh ribu dan tak kurang juga yang mengalami kerugian beratus-ratus ribu dek angkara manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab. 


Bagi saya, alhamdulillah..tipah tak pernah tertipu dengan skim cepat kaya ni. Memang tak teringin langsung nak masuk skim-skim seumpama dan sewaktu dengannya. Pada saya biarlah saya lambat kaya asalkan duit saya tu disalurkan kepada saluran yang benar-benar terjamin dan boleh dipercayai. Dan yang paling utama saya kena pastikan ianya patuh syariah. (Cara membeli Emas dan Perak Patuh Syariah). Biar ditawarkan keuntungan yang sedikit asal pulangan yang saya terima tu halal disisi islam. Apa guna kita senang di sini tapi bila di SANA kita menjadi orang yang paling miskin. Na'uzubillah..

Saturday 19 September 2015

HIDUP DENGAN PRINSIP SENDIRI



Setuju betul saya dengan tajuk artikel "Untuk Kaya, Jangan Peduli Apa Orang Kata" yang ditulis oleh sifu Tn. Mohd Zulkifli Shafie. Kebetulan memang sama sebijik dengan prinsip yang saya amalkan selama ini. Walaupun saya tak kaya macam sifu saya ni, tapi sekurang-kurangnya saya tidak terputus wang dan hati sentiasa tenang dan tak perlu fikir wang tak cukup pada setiap hujung bulan. Cuma bezanya sifu saya ni seorang yang berpendidikan tinggi dan dah berjaya di dalam bisnesnya. Walaupun bekerjaya sebagai akauntan di sebuah bank di ibu negara sebelum ini, hidupnya sangat sempoi dan mengamalkan cara hidup dibawah kemampuan.

Tak Tiru Gaya Hidup Orang Lain


Saya pun tak pernah peduli apa orang lain kata. Saya tak rasa pun nak tiru cara hidup orang yang hidupnya macam mewah. Beli kereta baru, selalu makan diluar, selalu pergi makan angin, bershoping tak habis-habis. Biar orang ada perabut cantik dan dihias rapi, langsir ditukar setahun sekali, saya tak rasa susah hati pun. Alhamdulillah, saya sentiasa amalkan prinsip "jangan tiru gaya hidup orang lain" dan amalkan hidup besederhana dalam apa jua keadaan. Walaupun saya boleh dikatakan mampu untuk mengikut kemahuan saya, namun saya lebih suka untuk beringat-ingat masa akan datang demi anak-anak saya.

Tuesday 15 September 2015

CERITA TENTANG EMAS DAN PUBLIC GOLD


Beberapa orang kawan tanya pada saya, awak jual apa dekat Facebook tu. Jual emas ker? Sebab sekali sekala saya post status pasal kelebihan emas PG, harga emas PG dan sekali sekala saya sharekan blog saya tentang Emas PG. Rupa-rupanya masih ramai yang belum tau tentang kewujudan Public Gold dan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat tersebut. (Sila Klik disini) untuk ketahui lebih lanjut tentang Syarikat Public Gold.

Elak kebocoran wang dengan simpan emas


Saya kata saya bukan jual pun, saya perkenal kan pada mereka yang tak tau pasal emas PG ni, itu jer. Buat masa ni saya hanya fokus untuk perkenalkan pada kawan-kawan tentang pembelian emas kaedah GAP. Sebab saya rasa ianya sangat mudah disamping tidak memerlukan modal yang tinggi. Bagi yang berminat nak selamatkan duit dari kebocoran dan inflasi saya sarankan mereka menyertai program GAP yang baru diperkenalkan pada September 2014 yang lalu.

Saturday 12 September 2015

BELI EMAS KAEDAH GAP PUBLIC GOLD



Sangat mudah jika anda nak mula membeli atau mengumpul emas dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Public Gold. Program (GAP) yang ditawarkan kepada pembeli atau penyimpan emas oleh Public Gold ini memang amat menarik. Inisiatif program ini dilancarkan bagi mereka yang mempunyai bajet kecil dengan mudah untuk memulakan atau membeli dan seterusnya mengumpul emas. Ia dilihat sebagai "akaun emas" tetapi 100% disokong dengan emas fizikal (maksudnya pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara (cuma semasa nak keluarkan emas fizikal tu, perlu bayar caj "gold premium" tapi sekiranya anda hanya cashkan nilai emas tu, tak perlulah bayar caj "gold premium" tu )). 


Ini diantara Ciri-ciri & Kelebihan akaun GAP :

# Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K) 
# Pembelian minimum 1 gram
# Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan    (eg. 0.0001gm)
# Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9
# Tiada yuran simpanan
# Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
# Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal
# Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan
# Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)
# Diaudit oleh juruaudit bebas
# Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Friday 11 September 2015

URUS WANG SECARA BIJAK


“Alaaaa.. duit dah nak abis ni, berapa haribulan gaji ye, tinggal berapa sen je ni”. Begitulah kedengaran keluhan dari sesetengah dari kita apabila seminggu atau 2,3 hari lagi nak dapat gaji bagi bulan tu. Itu fenomena biasa yang kita dengar bila bulan dah nak sampai ke penghujung nya. Ada dua kemungkinan bila ini berlaku, samada memang dia dah tak ada duit langsung untuk digunakan ataupun dia ada simpanan tapi malas nak keluarkan atas disiplin diri sendiri.

Kalau mengikut pengalaman saya, saya tidak pernah terputus wang..walaupun gaji saya kecil dan tanggungan pula ramai, duit gaji saya masih berbaki dan kadang-kadang baki wang tersebut saya boleh simpan untuk tambahan simpanan yang saya buat pada tiap-tiap bulan melalui potongan gaji.

Saturday 5 September 2015

NILAI BERGANDA


Pernah tak anda rasa serba salah bila kita sebagai menantu hanya bersalam kosong dengan mak atau ayah mertua kita semasa kita nak balik semula ke rumah kita. Selalunya anak menantu akan bersalam kaut (bukan majlis kahwin jer ada salam kaut), bila masing2 nak balik ke rumah masing2. Bagi yang tak buat macam tu mesti rasa rendah diri dan mungkin juga akan dipandang rendah oleh kedua mertua kita. Kalau kita memang jenis berduit dan memang kita ni jenis taik hidung masin, memang patut pun dipandang rendah oleh mereka. 

Tapi bagaimana sekiranya memang kita hidup pun cukup-cukup makan jer, tak lebih dari itu. Dengan tanggungan yang ramai, anak sembilan atau sepuluh orang dan gaji kita suami isteri pun tidak seberapa untuk kita faraid kan duit kita tu kepada emak ayah mertua kita tu. Memang serba salah juga lah dibuatnya bila kita nak salam masa nak balik tu. Mertua kita pun mungkin pandang semacam jer kat kita kan..Nak bagi takat RM10 memang tak berbaloi langsung, buat gelak dek mak mertua jer.

KENAPA SAYA PILIH EMAS PUBLIC GOLD



Sebelum ni saya tak pernah terfikir untuk menukarkan duit saya kepada emas. Tetapi apabila saya telah terbaca sebuah artikel berkaitan emas ni, saya mula jatuh hati dan mencari maklumat tentang emas mana yang paling baik untuk dijadikan pelaburan. Setelah meneliti perbezaan diantara syarikat yang menjual emas, saya lebih tertarik dengan emas yang dijual oleh Public Gold.

Banyak faktor yang menyebabkan saya tertarik dengan emas Public Gold, syarikat Public Gold memang mesra pelanggan :

~ Harga yang jauh lebih murah berbanding kedai emas/Bank
~ Kos permulaan yang rendah
~ Pelbagai pilihan produk
~ Emas Public Gold berkualiti antarabangsa
Emas Public Gold tidak dikenakan GST
Susut nilai emas Public Gold sangat rendah
~ Jaminan belian balik emas bila anda ingin menjual
~ Mudah diterima untuk gadaian& pajakan di arrahnu
Brand emas yang sangat popular di Malaysia
~ Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia
~ Anda boleh beli/jual balik emas secara online 24 jam
~ Boleh maksimakan keuntungan jika anda menjadi Dealer