Friday, 11 September 2015

URUS WANG SECARA BIJAK


“Alaaaa.. duit dah nak abis ni, berapa haribulan gaji ye, tinggal berapa sen je ni”. Begitulah kedengaran keluhan dari sesetengah dari kita apabila seminggu atau 2,3 hari lagi nak dapat gaji bagi bulan tu. Itu fenomena biasa yang kita dengar bila bulan dah nak sampai ke penghujung nya. Ada dua kemungkinan bila ini berlaku, samada memang dia dah tak ada duit langsung untuk digunakan ataupun dia ada simpanan tapi malas nak keluarkan atas disiplin diri sendiri.

Kalau mengikut pengalaman saya, saya tidak pernah terputus wang..walaupun gaji saya kecil dan tanggungan pula ramai, duit gaji saya masih berbaki dan kadang-kadang baki wang tersebut saya boleh simpan untuk tambahan simpanan yang saya buat pada tiap-tiap bulan melalui potongan gaji.

Saya bukan nak membanggakan diri nak tunjukkan saya pandai simpan duit atau saya banyak duit, tapi sekadar nak berkongsi kaedah bagaimana cara untuk bijak mengurus kewangan kita supaya duit kita tidak bocor dan disalurkan kepada saluran yang betul. Kaedah ini bukan untuk menjadikan anda kaya raya, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak terputus wang dan anda ada simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Itu saja, kalau nak kaya kenalah berbisnes kerana setakat gaji macam saya sebagai kakitangan kerajaan yang punya tanggungan yang ramai memang mustahil lah kecuali jatuh jongkong-jongkong emas dari langit untuk saya. Disini saya kongsikan sebahagian dari kaedah-kaedah yang saya gunakan untuk memastikan kewangan saya terurus dan tidak selalu pokai dihujung bulan.

Wajibkan Diri Untuk Menabung

Selalunya kita akan menabung kalau ada baki duit yang telah kita gunakan selama sebulan tu. Agak-agak ada baki tak? Macam tak ada jer kan. Kalau saya, saya tak buat macam tu..memang tak akan ada bakinya. Kalau nak ikut cara saya, saya tetapkan duit yang wajib diasingkan untuk bayaran taska, susu anak, yuran tuisyen dan segala macam perkara yang perlu kita bayar atas perkhidmatan yang kita terima. Agak-agak berapa lebihan yang saya ada selepas ditolak semua perkara2 yang kita kena nak bayar tu. Dari jumlah lebihan tu lah saya akan simpan duit tu, kalau nak buat potongan gaji lagi bagus, senang tak payah nak pikir untuk nak simpan duit tu setiap kali dapat gaji. Nanti kalau ada kecemasan yang memerlukan kita keluar kan duit tu, pergi la ke bank atau tabung haji atau dimana kita simpan duit tadi. Yang penting duit tu selamat di situ dan tangan kita tak gatal nak keluarkan duit tu untuk beli macam2 perkara yang tak berfaedah. Walaupun kita nampak macam tak ada duit, tapi kita sebenarnya dah selamatkan duit kita tu dari bahaya nafsu serakah yang ada dalam diri kita ni. Kalau pun kita dah kehabisan wang ditangan, tiada masalah untuk kita keluarkan balik duit simpanan kita tu sebab itu duit kita yang kita boleh keluarkan atau gunakan sesuka hati kita mengikut pada keperluan.

Simpan Emas

Kalau sekarang saya lebih suka tukarkan duit saya tu kepada emas, sebab saya rasa lebih selamat berbanding simpan duit. Emas kalis inflasi, kalau duit simpan di Tabung Haji, nilainya semakin susut dimakan inflasi walaupun dia bagi kita keuntungan 5-6% setahun. Sebab harga barang semakin lama semakin naik. Kalau emas, nilainya ikut pasaran dunia, tak takut nilainya semakin susut tapi mungkin semakin naik ikut pasaran semasa, macam sekarang ni RM4.30 = 1 US Dollar. Emas dari zaman nabi sampai sekarang tidak banyak beza, kalau dulu boleh beli kambing dengan 1 dinar (nilai hari ini RM641), sekarang pun lebih kurang macam tu tak jauh beza dengan 1400 tahun yang lalu.


Sekarang ni kalau nak beli emas lagi mudah, tak perlu tunggu duit banyak untuk beli emas. Dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Public Gold iaitu dengan pembelian secara GAP, kita hanya perlu ada bajet lebih kurang RM150-RM200 sahaja. Tak banyak kan, daripada kita beli benda-benda yang kurang memberi manfaat, lebih baik kita beli emas yang tentu punya nilai yang tinggi bila kita jual balik emas tu. Sama juga seperti duit simpanan lain, kalau kita nak cash kan duit tu atau nak ambil emas tu, bila-bila masa pun boleh dengan syarat kena bagitau dulu pihak PG yang kita nak ambil emas tu. Kalau nak beli emas yang lain pun tak ada masalah, beli lah..janji kita ada disiplin untuk simpan samada duit atau emas. Cuma kalau dengan Public Gold, kita tidak perlukan modal yang banyak untuk membeli emas tu, itu saja kelebihannya.

Makan Di Rumah

Memang seronok kalau kita oder makanan, makanan terus sampai didepan mata. Saya pun suka buat macam tu, lepas makan tinggal jer macam tu. Tak payah basuh pinggan, tak payah kemas dapur dan macam2 lagi yang mudah kalau kita makan di luar . Kalau saya, saya lebih suka makan dirumah, sebab kita boleh masak lagi sedap dari yang kedai masak. Boleh tambah macam2 aksesori dalam masakan kita tu, ikut citarasa yang kita nak. Sebenarnya yang kedai masak tu tak sesedap mana pun, kalau dia tak tambah serbuk perasa memang cornfirm tak ada rasa. Kalau macam saya keluarga besar lagi jimat kalau makan dirumah jer. Memang la penat sikit tapi sangat berbaloi, lebih jimat dan lebih sedap.

Dan selalu kalau saya balik kampung atau pergi kemana-mana yang perjalanan nya agak jauh ,saya tak pernah makan kat R&R. Seingat saya memang tak ada, kalau ada pun mungkin sekali atau dua kali jer. Saya sanggup bawa bekal untuk isi perut anak anak saya dari makan di R&R yang telah terbukti mengenakan caj yang mahal. Ye la, kalau dah 9 atau 10 kepala untuk makan di situ, berapa pula saya kena bayar. Huhh..pening juga tu. Jadi saya sanggup bersusah payah asal duit saya tidak banyak melayang kerana nak bayar harga makanan yang belum tentu sedapnya.

Gunakan Kemahiran Yang Kita Ada

Kalau anda ada kemahiran menjahit, tak payah la hantar baju ke tailor, kalau ada kemahiran membaiki kereta, tak payah la hantar kereta ke bengkel, kalau pandai menggunting rambut tak payah la upah orang gunting, gunting sendiri jer. Kalau saya, saya ada kemahiran yang ni je la. Saya gunting rambut semua anak saya..ada 9 kepala saya kena gunting tiap bulan termasuk suami jadi 10 la. Cuma kalau yang perempuan tak lah kerap sangat saya kena potong rambut mereka. Tapi kalau yang lelaki tak silap saya, setiap 2 atau sebulan sekali mesti kena potong rambutnya. Jadi setiap bulan atau dua bulan sekali saya kena gunting rambut 7 kepala (anak lelaki 6 orang, termasuk suami seorang). Untuk kos gunting rambut saya dah jimat lebih kurang (RM42) kalau satu kepada RM6 la kan, dah jimat untuk kos upah gunting rambut. Kalau yang pandai menjahit lagi la untung, kos upah jahit sekarang tersangat lah tinggi nya. Memang berbaloi kalau baju anak beranak kita tu kita buat sendiri. Untung, memang untung..berbaloi baloi.

Tidak Keluar Kalau Tidak Ada Keperluan

Saya tak suka keluar kalau tak ada keperluan, kecuali hari-hari tertentu untuk bawa anak-anak bercuti, balik kampung, majlis walimatulurus atau ziarah anak yang duduk di asrama. Kalau saja nak lepak-lepak, pergi makan angin saja2 tiap2 minggu, tu saya tak suka. Sebab apa, setiap kali kita keluar akan ada aliran keluar wang kita kerana melayan kerenah anak-anak yang nak kan itu dan ini. Tambah-tambah lagi window shoping kat shoping2 kompleks, lagi banyak aliran keluar wang kita, sebab kita tengok macam best jer, macam best jer barang2 yang kita tengok tu. walaupun kita tak ada niat pun nak beli barang-barang tu pada asalnya.