Ada yang masih tercari-cari emas mana yang paling sesuai untuk dijadikan simpanan, diniagakan atau bagi tujuan pelaburan. Terdapat juga diantara kita yang tak tau nak membandingkan perbezaan diantara kebanyakan emas yang diperkenalkan oleh syarikat penjual emas pada masa ini. Bagi yang pernah terjebak dengan skim cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas pula takut tertipu dengan janji manis yang ditawarkan oleh individu atau syarikat yang tidak bertanggungjawab. Menjadi fobia dan mimpi ngeri bagi mereka yang pernah kerugian berpuluh-puluh ribu dan tak kurang juga yang mengalami kerugian beratus-ratus ribu dek angkara manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab.
Bagi saya, alhamdulillah..tipah tak pernah tertipu dengan skim cepat kaya ni. Memang tak teringin langsung nak masuk skim-skim seumpama dan sewaktu dengannya. Pada saya biarlah saya lambat kaya asalkan duit saya tu disalurkan kepada saluran yang benar-benar terjamin dan boleh dipercayai. Dan yang paling utama saya kena pastikan ianya patuh syariah. (Cara membeli Emas dan Perak Patuh Syariah). Biar ditawarkan keuntungan yang sedikit asal pulangan yang saya terima tu halal disisi islam. Apa guna kita senang di sini tapi bila di SANA kita menjadi orang yang paling miskin. Na'uzubillah..
Harga Emas Paling Murah
Setelah meneliti pelbagai harga dari syarikat yang menjual emas pelaburan (Kijang Emas, Power Gold, Golden Silver Resources (GSR), Goldcrest Pavilion (GCP), dan beberapa lagi syarikat emas yang masyhur, saya sangat yakin dan tertarik dengan emas yang ditawarkan oleh emas Public Gold. Harga yang ditawarkan oleh Public Gold memang murah sekitar RM15-RM20 dari syarikat emas yang lain. Pengasas Public Gold, Dato’ Louis Ng memang sangat-sangat menjaga kepentingan pelabur atau pembeli emas. Tiada syarikat pengeluar emas yang sanggup menawarkan harga serendah yang ditawarkan oleh Public Gold. Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas-emas yang saya beri contoh di atas untuk anda rujuk dan buat perbandingan supaya anda dapat memilih emas mana yang terbaik dan menguntungkan anda.
Kepada yang telah biasa membeli, berniaga atau melabur emas, memang cormfirn anda akan faham tentang spread item emas ni. Sesuatu item emas yang paling rendah spreadnya lah yang paling menguntungkan. Macamana nak kira spread atau susut nilai ni.. macam ni pengiraannya :
Spread atau (Susut Nilai) Rendah
Kepada yang telah biasa membeli, berniaga atau melabur emas, memang cormfirn anda akan faham tentang spread item emas ni. Sesuatu item emas yang paling rendah spreadnya lah yang paling menguntungkan. Macamana nak kira spread atau susut nilai ni.. macam ni pengiraannya :
Ni contoh bagi item 1 Dinar :
Harga Public Gold jual : RM701
Harga Public Gold beli balik : RM645
( Harga jual : RM701 ) tolak ( Harga beli balik : RM645) = RM56
RM56 bahagi (Harga jual RM701) = 0.0798 darab 100
= 7.98% (Lagi rendah spread lagi bagus emas tu kita beli)
Sijil Ketulenan
Anda tak perlu risau dengan ketulenan emas Public Gold kerana setiap gold bar dan dinar emas telah disediakan Sijil Ketulenan. Emas Public Gold sedia diterima oleh kebanyakan Ar- Rahnu. Bermula
pada 1hb September 2015, sebanyak 30 cawangan Ar-Rahnu Bank Muamalat di
seluruh Malaysia pula menerima Gold Bar dan Gold Wafer Public Gold. Ini membuktikan bahawa pembelian, penyimpanan dan pelaburan anda dengan emas Public Gold merupakan saluran atau landasan yang paling selamat.
13 Negeri dengan 17 Cawangan di Malaysia
Sangat senang berurusniaga walau dimana jua anda berada secara online atau offline, boleh ambil emas dimana-mana cawangan yang terdekat dengan anda. Dengan syarat hubungi dulu cawangan dimana anda nak ambil emas tersebut. Mudah membeli dan senang dijual serta tak perlu tunggu dealer untuk uruskan jualan dan belian, hanya terus ke pejabat Public Gold. Senang kan dan urusniaga anda lebih selamat. Kalau anda nak tau alamat cawangan di setiap negeri..ni saya tunjukkan alamatnya.
Alamat Cawangan Wilayah Tengah : Petaling Jaya, Ampang, Kajang dan Seremban.
Alamat Cawangan Wilayah Utara : Alor Setar, Sg. Petani, Bishop, Relau dan Ipoh
Alamat Cawangan Wilayah Pantai Timur : Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan
Alamat Cawangan Wilayah Selatan : Melaka dan Johor Bharu
Alamat Cawangan Malaysia Timur : Sabah dan Sarawak
Sebarang pertanyaan bagi Public Gold di Singapura (Sila Klik Disini)
Jaminan Beli Balik Tidak Cerewet
Selalunya kedai atau syarikat emas ni, mengenakan syarat yang agak ketat kerana tidak boleh buka seal, tidak boleh kemek atau calar. Kalau berlaku perkara-perkara sedemikian, kedai atau syarikat emas akan tolak spread yang tinggi sehingga 25%. Sekiranya ini berlaku, ia akan merugikan kita kerana terpaksa tanggung kerugian besar. Kalau di Public Gold, jika kita potong atau gunting seal kekal tu, spread yang dikenakan hanya 10% dan sekiranya tidak dibuka atau dipotong spreadnya lagi la rendah.
![]() |
Ini contoh emas yang telah dibuka seal yang akan menjadikan spread semakin tinggi apabia kita nak jual semula emas tu di kedai atau syarikat emas. |
Sekiranya anda dah nak mula menyimpan emas dan emas pilihan anda adalah emas Public Gold serta anda setuju untuk meletakkan saya sebagai introducer, disini saya sertakan no dealer saya PG037258 dan nama saya Aminah Binti Harun