
Elak kebocoran wang dengan simpan emas
Saya kata saya bukan jual pun, saya perkenal kan pada mereka yang tak
tau pasal emas PG ni, itu jer. Buat masa ni saya hanya fokus untuk perkenalkan
pada kawan-kawan tentang pembelian emas kaedah GAP. Sebab saya rasa ianya
sangat mudah disamping tidak memerlukan modal yang tinggi. Bagi yang berminat
nak selamatkan duit dari kebocoran dan inflasi saya sarankan mereka menyertai
program GAP yang baru diperkenalkan pada September 2014 yang lalu.
Cara simpan kekayaan paling selamat selain dari tanah atau rumah adalah emas. Emas tak mudah alami kebocoran macam duit. Emas bila dah
simpan, susah nak keluarkan, tak macam nak keluarkan duit. Bila-bila masa boleh jer
kita keluarkan dari mana-mana ATM. Sekarang ni lagi la mudah, tak payah pergi
ATM pun. Pergi ke Tesco, Giant atau Mydin, kita guna jer kad ATM tu di
kaunter-kaunter untuk bayar apa yang kita beli tadi. Semuanya ditanggung beres.
Kalau emas, walaupun boleh diurus niagakan 24 jam sehari, 365 hari setahun
tetapi masa nak ambil emas tu kenalah pada waktu pejabat atau waktu bekerja dan
prosesnya pula mungkin ambil masa yang sedikit lama.
Nilai RM saban tahun akan merosot
Saya dulu pun tak tau langsung pasal emas ni, memang "buta
emas" la kiranya. Tapi setelah saya baca beberapa artikel berkaitan emas
ni, saya dah mula faham tentang
apa kelebihan yang ada pada emas. Walaupun setakat beli emas kita tak kan kaya,
tetapi sekurang-kurangya ia adalah penyelamat kekayaan yang paling selamat.
Emas dari zaman nabi kita sampai sekarang nilainya lebih kurang sama, walaupun
1400 tahun dah berlalu. Kalau duit atau RM, nilainya tidak begitu stabil dan ia
bergantung kepada kekukuhan ekonomi dan politik negara. Dan dalam jangkamasa
panjang RM terus merosot dan kuasa membelinya sentiasa merosot dari tahun ke
tahun. Kalau zaman abang-abang saya dulu pergi sekolah, ayah saya bagi duit
belanja cuma 5 sen saja, tapi sekarang nak beli gula-gula sebiji pun dah tak
dapat.
Inisiatif jadi Dealer
Mulanya saya hanya pembeli emas PG saja, tapi
bila memikirkan anak-anak saya yang dah dewasa juga berminat untuk mengumpul
emas, saya mengambil inisiatif untuk menjadi dealer PG. Sekurang-kurangnya
apabila mereka beli emas saya akan dapat komisyen 1% dari belian yang mereka
buat. Kalau anak-anak saya ada 9 orang, nanti masing2 beli emas melalui saya
ada juga ganjarannya walaupun saya tak kan kaya kerana hanya mendapat 1%
komisyen dari pembelian mereka. Jadi anda jangan takut nak membeli emas dengan
menjadikan saya sebagai introducer kerana PG hanya beri saya 1% saja komisyen
yang tak kan mudah untuk menjadi kan saya jadi kaya. Kalau nak diikutkan menjadi dealer kepada syarikat lain lebih menguntungkan kerana mereka memberikan komisyen lebih tinggi. Mungkin kesedaran untuk menabung dengan cara menyimpan emas membuatkan saya tertarik untuk menjadi dealer Public Gold. Disamping dapat berkongsi cerita dengan teman-teman tentang kelebihan menabung dengan cara menyimpan emas.