Monday 16 May 2016

SELOKA SENTAP SILATURRAHIM






Bukan mudah mengucap maaf, kalau bukan seorang pemaaf. Bukan mudah mengaku salah kalau bukan kerana diri muhasabah. Bukan mudah untuk redha, jika hati tidak pernah sedar. Jika tidak kerana mu Ya Allah mungkin tidak akan mampu diluah, manakan tidak sudah puas hati disentap, menanggung duka yang kerap dihadap.


Tidak diendah ketika bersua, hati terguris bagai dihiris, menahan sebak hingga tersedak, hati sedih tak pernah pulih. Namun layanan mu masih ada kasih, tiada tanda pernah diguris, tiada dendam berserta kesumat, sentiasa ceria tika di sapa, raut muka tidak pula mencuka,.


Mengapa manusia sanggup begitu, hati tidak pernah ada susah, diri tidak terasa insaf, hingga sanggup buat derhaka, tidak kira dosa atau pahala. Sudah-sudahlah berperangai begitu, jangan pula sampai tak sempat, taubatlah segera moga dimaaf.


Ibu bukan tandingan untukmu, ibu mulia disisi semua..bukan saja ibu kandungmu tapi juga ibu mertuamu, darjatnya sama.. sama juga seperti suamimu. Kekalkanlah silaturrahim ini, jenguklah selalu sepertu juga ibu kandungmu, jangan disemai lagi baka kesumatmu, jangan dibaja kiranya tersemai, akhiri hidupmu dengan silaturrahim, silaturrahim yang sihat dan juga subur, seperti suburnya kesumat mu dulu.


Jangan diulang perangai lama mu, banyak yang rugi dari untungnya, bahana didunia mungkin belum nampak lagi, tapi di akhirat macam sudah pasti. Baki umurmu untuk diinsafi, apa yang terlanjur boleh diampuni, hanya taubat pada yang ESA..insyaallah pintunya masih  lagi terbuka, sebelum terlambat buat lah segera, jika ditangguh pastinya merana.


Silaturrahim ini perlu dijaga, sebagai syarat untuk ke syurga..walau yang lain suci dijaga, tapi yang ini wajib dijaga, seperti menjaga tiang agama, tanpa nya juga pasti neraka.



Kedit foto : SyafiqahMohammad

Wednesday 11 May 2016

TERIMA SEADANYA ...




Bila tengok anak orang berjaya dengan cemerlang dalam akademik hati rasa seronok bercampur sedih. Seronok sebab Allah bagi kelebihan pada anaknya bijak dan boleh dapat 10A, 11A, 12A dalam peperiksaan. Tapi bila tengok anak kita, semuanya pada tahap biasa-biasa dan yang tak menunjukkan minat untuk belajar pun ada. Dalam hati terfikir juga, mungkin kita tak pandai ajar anak atau tak boleh nak disiplinkan diri anak-anak untuk belajar dengan baik. Namun, bila di amat-amati semula, kadang-kadang ada jer anak-anak yang tak dijaga oleh ibu bapa ataupun kadang-kadang ibu bapanya tidak ambil tahu pun pelajaran anak-anaknya, tapi anak-anaknya tetap cemerlang akademik. Sebagai contoh, ibu bapa bercerai berai..emak entah kemana, si ayah cari pasangan lain dan tidak ambil tau pun anaknya bersekolah atau tidak. Tapi anaknya ok jer..belajar bagus, keputusan cemerlang.


Tapi kita ni dah berbuih-buih mulut suruh anak belajar, nasihat elok-elok sudah..marah-marah pun pernah. Bagi contoh macam-macam cerita, cerita zaman dulu punya la susah, nak makan nasi pun payah, asyik makan ubi jer, pergi sekolah naik basikal berbatu-batu jauhnya. Kalau basikal cantik tak per.. basikal pun dah boleh masuk muzium. Cerita sambil menangis bukan main lagi, nak bagi anak sama-sama sedih dengan kita dan supaya dia dapat menjiwai kesusahan kita dimasa lampau.  Dengan harapan anak boleh berubah dan boleh belajar bersungguh-sungguh demi masa depannya.


Kadang-kadang kalau dah geram sangat, pukul juga anak tu biar dia sedar diri yang kita suruh belajar ni bukan main-main tapi suruh sungguh-sungguh. Denda anak suruh anak tidur luar pun ada (sekejap la, nanti kalau lama hilang pulak.. susah) biar dia serik dan lepas ni kena belajar betul-betul. Pendek kata bukan tak ambil tau langsung tentang pelajaran anak, tapi walaupun dah berusaha nasihat, denda dan bagi contoh orang-orang yang dah berjaya, pencapaian akademik masih sama dari dulu, kini dan harap-harap tak selama-lamanya. Saya tak mampu untuk bacakan buku untuk mereka, saya tak mampu untuk jawab kan soalan peperiksaan mereka kerana ini tanggungjawab mereka sendiri. Saya juga tak mampu mengawal sepenuh masa semasa mereka belajar kerana saya juga ada tugas lain yang perlu diselesaikan sesuai dengan tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri dan anak.

Tuesday 10 May 2016

HUTANG ... PENAMBAH BEBAN




Sekarang dah masuk bulan Syaaban, tak lama lagi bulan Syawal akan menjelma. Selalunya bulan Ramadhan lah ramai yang mula bershoping. Dari pakaian, biskut raya hinggalah peralatan rumah..tak kurang juga yang sibuk untuk renovate rumah, nak menyerikan lagi rumah mereka. Bagi saya semua tu tiada masalah cuma perlulah berpada-pada, sebab hari raya bukan sekali. Setahun ada dua kali, setiap tahun insyaalllah jika dipanjangkan umur, kita akan melalui hari raya.


Bila sebut berbelanja, kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan. Bagi saya, kalau baju raya tahun lepas masih elok dan saiz tidak mengecil, pakai je la baju tu atau sekurang-kurang beli la sepasang seorang lagi baju baru untuk anak-anak bagi meraikan mereka. Tak perlulah beli berpasang-pasang sebab kadang-kadang baju lama masih ada yang elok lagi kan untuk dipakai pada hari raya kedua, ketiga dan seterusnya.


Selalu juga saya perhati bila nak raya, ada saja lori dari syarikat perabut datang menghantar barang-barang perabut di taman-taman perumahan. Mungkin perabut mereka telah rosak atau sebagainya. Namun itu semua tidak menjadi masalah bagi saya. Selagi ia dibayar secara tunai, sila kan lah..tak rugi apa-apa pun.


Elak Diri Dari Berhutang



Yang menjadi masalahnya bila barang-barang tersebuit dibayar secara hutang. Harga hutang dengan harga tunai jauh bezanya. Dengan harga hutang kita terpaksa tambah beberapa persen lagi dari harga sebenar sebab kita dibenarkan bayar secara beransur-ansur. Bayar duti deposit saja, kita boleh bawak balik barang dan nampak lah rumah kita cantik dengan adanya perabut baru tersebut. Lebih lagi lagi pasaraya C**** ******h, tak bayar langsung..bawa jer balik dulu. Bayarnya nanti-nanti jer kan.


Thursday 5 May 2016

DAHULUKAN HUTANG, KETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI




Hutang memang menjadikan kita rasa tak selesa jika masih belum dilunaskan, walau dengan siapa pun kita berhutang, hati tak akan tenang. Hatta dengan TNB, SYABAS, TM, MAXIS dan sebagainya. Apa lagi dengan adik beradik, kawan-kawan atau individu tertentu yang kita sentiasa saja berjumpa atau selalu berada di kalangan mereka ini. 


Kalau boleh tak nak terjumpa sebab rasa macam serba salah walaupun kita dah janji untuk bayar semula bila sampai masanya nanti. Walaupun hutangnya tidak sebanyak mana tetapi perasaan serba salah tetap muncul setiap kali bertemu dengan si pemberi hutang. Tapi ini cerita orang yang ada perasaan dan benar-benar nak bayar semula hutangnya bila saja sampai masanya nanti. 


Tapi ada juga segelintir manusia yang tau hutang itu wajib dilunaskan, namun sentiasa saja menangguhkannya dengan alasan yang bermacam-macam. Nak dikatakan tidak cukup wang, tidak juga sebab bila diperhatikan cara dia berbelanja dan bergaya memang bukan itu alasannya. Apa yang lebih memelikkan seperti tiada apa yang berlaku dengan gaya hidupnya yang bermewah-mewah. Makan direstoran mewah, beli pakaian yang mahal-mahal, boleh bercuti ke tempat menarik bersama keluarga.