Tuesday, 10 May 2016

HUTANG ... PENAMBAH BEBAN




Sekarang dah masuk bulan Syaaban, tak lama lagi bulan Syawal akan menjelma. Selalunya bulan Ramadhan lah ramai yang mula bershoping. Dari pakaian, biskut raya hinggalah peralatan rumah..tak kurang juga yang sibuk untuk renovate rumah, nak menyerikan lagi rumah mereka. Bagi saya semua tu tiada masalah cuma perlulah berpada-pada, sebab hari raya bukan sekali. Setahun ada dua kali, setiap tahun insyaalllah jika dipanjangkan umur, kita akan melalui hari raya.


Bila sebut berbelanja, kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan. Bagi saya, kalau baju raya tahun lepas masih elok dan saiz tidak mengecil, pakai je la baju tu atau sekurang-kurang beli la sepasang seorang lagi baju baru untuk anak-anak bagi meraikan mereka. Tak perlulah beli berpasang-pasang sebab kadang-kadang baju lama masih ada yang elok lagi kan untuk dipakai pada hari raya kedua, ketiga dan seterusnya.


Selalu juga saya perhati bila nak raya, ada saja lori dari syarikat perabut datang menghantar barang-barang perabut di taman-taman perumahan. Mungkin perabut mereka telah rosak atau sebagainya. Namun itu semua tidak menjadi masalah bagi saya. Selagi ia dibayar secara tunai, sila kan lah..tak rugi apa-apa pun.


Elak Diri Dari Berhutang



Yang menjadi masalahnya bila barang-barang tersebuit dibayar secara hutang. Harga hutang dengan harga tunai jauh bezanya. Dengan harga hutang kita terpaksa tambah beberapa persen lagi dari harga sebenar sebab kita dibenarkan bayar secara beransur-ansur. Bayar duti deposit saja, kita boleh bawak balik barang dan nampak lah rumah kita cantik dengan adanya perabut baru tersebut. Lebih lagi lagi pasaraya C**** ******h, tak bayar langsung..bawa jer balik dulu. Bayarnya nanti-nanti jer kan.




Sebenarnya tak ada siapa tanya pun, perabut yang kita beli tu hutang atau cash. Cuma kita sendiri lah yang menanggung hutang tu tiap-tiap bulan. Kalau tiga jenis perabut lagi banyak la ansuran bulanan yang kita perlu bayar. Nampak macam untung.. bayar sikit jer, cuba kira kos keseluruhan..untung ker rugi.


Kalau tanya saya, nak perabut atau tak nak tanggung hutang. Bagi saya, biar rumah saya macam padang jarak padang terkukur asal saja saya tidak berhutang dengan benda remeh temeh ni. Kalau saya nak pun, saya akan pastikan saya kumpul dulu kos untuk membeli sesuatu yang saya nak sebelum saya membelinya. Apa sahaja yang sekira-kira mampu dibeli secara tunai, insyaallah saya tidak membeli nya secara hutang.


Lain lah nak beli rumah, kereta mahal..memang confirm saya tak mampu nak bayar sekai gus. Gaji ciput kalau beli yang mahal dengan bayaran tunai, nanti tak lama SPRM datang jenguk kat rumah saya. Sebab saya bukan ada bisnes apa pun. Dan dah semestinya la saya akan beli semua tu secara hutang, tapi tak pe la kan, dah memang logik kena beli secara hutang.


Kumpul Dulu Baru Beli



Kalau setakat motorsikal, kereta second hand dan apa lagi seperti peti ais, mesin basuh atau arang-barang perabut..insyaallah saya akan belinya secara cash. Bukan nak kata saya banyak duit, tak banyak mana pun. Tapi memikirkan dengan cara hutang tu, syarikat yang akan untung bukan saya, jadi saya sanggup kumpul sendiri kos tersebuit untuk elak duit saya dimakan oleh syarikat/kedai tu. Kalau ada keinginan sesuatu, saya terpaksa tangguhkan dulu keiniginan tu sehingga duit saya cukup untuk membeli barang tersebut. Cuma saya tidaklah begitu ghairah untuk membeli macam-macam benda seperti kebanyakan orang. Sebab saya tak kisah pun kalau rumah saya tak cantik, bukan lama mana pun kita tinggal kat rumah sementara ni. Lagi elok kalau saya hias cantik-cantik rumah kat SANA nanti.


Percaya atau tidak, ada orang sanggup berhutang dengan Ah Long semata-mata untuk beli perabut. Macam tak logik jerk an.. boleh hutang dengan Ah Long sebab alasanya malu dengan adik beradik dan kawan-kawan sebab tak ada perabut di rumah. Pendek sungguh akalnya kerana seorang lelaki boleh berfikiran seperti itu. Agak-agak kalau hutang tu tak boleh nak bayar balik, Ah Long tu cari siapa la yer..lu pikir la sendiri.