Monday 24 June 2013

SEBUAH KEHIDUPAN



Sesekali aku merenung jauh..merenung kembali kehidupan lalu, merenung kembali tanggungjawab yang telah diamanahkan..adakah telah terlaksana atau masih belum terlaksana sepenuhnya..tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak, jiran dan sebagainya..mungkin terlalu banyak yang masih belum terlaksana…bah kan tanggungjawab diri sendiri terhadap Allah s.w.t dan RasulNya.

Terkadang berbagai impian ingin digapai..menjadi isteri solehah, ibu mithali, anak yang soleh, jiran yang baik terhadap tetangga, malah pelbagai impian terlukis diminda..namun apa yang pasti sukar bagi ku untuk memenuhi segala impian itu. Pelbagai faktor penyumbang kepada kegagalan impian yang ingin dikecapi..penting bagi ku untuk bermuhasabah dan menginsafi diri ini agar matlamat kehidupan tidak tersasar dari landasannya.

Thursday 20 June 2013

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh…





Salam perkenalan dari saya..pertama kali berblog..sekadar perkongsian dan mungkin juga menjadi medan untuk memberi peringatan kepada anak-anak tersayang dan paling utama kepada diri sendiri..Meluahkan rasa hati yang terpendam dan mungkin juga untuk mengutip pandangan dari insan lain melalui komen-komen yang diberikan.

Moga dengan dengan adanya medan ini akan lebih memotivasikan diri untuk terus menjadi insan yang lebih baik disisi Allah s.w.t juga kepada sesama insan yang lain…