Saturday 26 October 2013

KEAJAIBAN HABBATUSSAUDA


Pagi ni selepas subuh, baring sekejap teman kan anak saya, Muhammad Rifqi Hakim (second last, 3 thn lebih) minum susu, baring sebelah dia sambil pejam kan mata. Selang beberapa minit selepas tu, terasa macam nak terbatuk..kalau batuk saya memang pergi ke bilik air atau sinki, takut ada darah yang akan keluar. Selalunya saya batuk memang akan keluar kahak biasa je. Tapi pagi ni bedarau juga darah saya, sebab saya batuk berdarah. Boleh tahan juga banyaknya, kalau dikumpul mungkin ada setengah cawan teh.

Sebenarnya saya telah disahkan oleh doktor pakar, mengalami sedikit kerosakan pada paru-paru. Menurut doktor pakar tu, pernah berlaku jangkitan di paru-paru saya dan jangkitan tu tidak betul-betul sembuh. Ini menyebabkan berlakunya pengeluaran kahak setiap masa, dan jika ianya tidak dikeluarkan, lama-kelamaan kahak tersebut akan dijangkiti kuman dan berlakulah pendarahan pada salur paru-paru saya (kalau tak silap saya, lebih kurang macam tu lah doktor pakar tu kata). Sepatutnya saya perlu membuat senanam untuk mengeluarkan kahak pada setiap hari dalam 2 atau 3 kali. Dalam seminggu dua ni rasa macam tak sempat nak buat dan itu yang menyebabkan perkara ini berlaku.

TESTIMONI PENGAMAL PEMAKANAN SUNNAH - HABBATUSSAUDA

Assalamualaikun w.b.t


Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengilhamkan kepada saya untuk mengamalkan pemakanan sunnah bagi penjagaan kesihatan seisi keluarga saya. Disamping penggunaan terhadap keluarga, saya juga memperkenalkan pemakanan sunnah ini kepada rakan-rakan di pejabat dengan menerangkan kelebihan serta keberkesanan pemakanan sunnah ini.  Dengan harga yang semua orang mampu untuk  memilikinya, tidak terlepas juga mendapat pahala sunnah secara tanpa sedar apabila kita mengamalkannya.

Alhamdulillah..kali pertama saya menggunakan habbatussauda apabila saya diserang sakit kepala, selalunya saya akan mengambil 2 biji panadol untuk menahan sakit dan seterusnya saya akan tidur untuk menghilangkan sakit kepala tersebut .Tetapi pada hari itu, saya mengambil habbatussauda untuk menghilangkan sakit kepala saya, dengan berniat untuk menghilangkan sakit kepala serta berselawat, alhamdulillah..sakit kepala saya hilang. Dengan harga yang tidak seberapa, saya telah mendapat pahala berubat, pahala amalan sunnah juga telah menyembuhkan sakit kepala saya. Seperti yang saya ceritakan tentang KEAJAIBAN HABBATUSSAUDA, ia menjadi sebagai penawar di waktu kecemasan sebelum mendapat rawatan dari hospital/klinik.

Friday 11 October 2013

ANAK-ANAK KU..

Anak-Anak ku..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t yang telah mengurniakan kesihatan dan masih lagi dapat menikmati udara segar pada hari ini, juga selawat dan salam ke atas junjugan besar nabi Muhammad s.a.w. Syukur juga anak-anakku, kita telah dilahir kan di dalam islam iaitu nikmat yang tidak ternilai buat kita. Tiada nikmat yang lebih baik melainkan nikmat islam dan iman. Anak-anak ku, bila kau telah mula mengenal erti hidup, janganlah kau lupa dan lalai tentang apa yang ibu akan nukilkan ini.

Anak-Anak ku..


Janganlah kamu lupa menunaikan tanggungjawab kamu kepada Allah s.w.t. Kenali lah Allah dengan sebenar-benar kenal supaya kamu tidak berlaku syirik kepadaNya, kerana perbuatan syirik adalah sebesar-besar dosa kepada Allah. Jagalah solat mu, kerana dengan menjaga solat Allah akan membentengi kita dari melakukkan perkara-perkara maksiat.   Jangan sekali-kali kamu melakukan dosa-dosa besar kerana belum tentu kamu sempat bertaubat.

Thursday 10 October 2013

SELAGI MEREKA MASIH ADA..



Selagi ibu bapa mu masih ada.. sayangi lah mereka..kerana besar sungguh jasa mereka mendidik dan membesarkan kita. Penat lelah mereka menjaga kita tidak akan terbalas dengan apa jua bentuk hadiah yang akan kita berikan. Walau segunung emas dihadiahkan, tidak setimpal jua dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan terhadap kita. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kita semasa kita masih kecil.

Selagi mereka masih ada..jangan lupa mengembirakan mereka, kerana begitu sengsara mereka menjaga kita semasa kita masih kecil. Sengsara juga mereka sewaktu menjaga ketika kita sedang sakit dan setelah kita besar dan remaja, belum reda lagi sengsara mereka kerana bermacam kerenah telah kita reka mengikut citarasa keremajaan kita. Apabila kita meningkat dewasa susahnya hati mereka kerana mereka tidak tahu dengan siapa jodoh kita dipertemukan kerana mereka tidak mahu hidup kita diabaikan.  


Adil terhadap keduanya



Selagi mereka masih ada..berlaku adillah terhadap mereka keduanya, kerana mereka tidak pernah membeza-bezakan diantara kita dengan adik beradik kita yang lain. Jika kita rasa dibezakan, itu hanyalah perasaan kita sendiri kerana tiada ibu bapa yang suka membeza-bezakan diantara kesemua anak-anaknya..cuma apa yang kita rasa seperti dibeza-bezakan adalah sebenarnya untuk memberi semangat kepada kita agar mencontohi kepada sesuatu perkara yang lebih baik yang sepatutnya ada juga pada diri kita. 

Selagi ibu bapa mu masih ada..jangan sesekali menyakiti hati mereka kerana besar sungguh dosanya apabila membuat ibu bapa kita rasa tersinggung. Jangan terfikir di benak hati mu untuk membentak kata-kata mereka walau memang terbukti ia salah sekalipun. Tuturkan lah kata-kata dengan berhemah demi menjaga hatinya agar tidak terguris. Jangan kau sangka apa yang diluahkan dari mulutnya sama dengan luahan hatinya. Kalau benar-benar kau menyelami hatinya kau akan faham..sebenarnya apa yang dituturkannya tidak kan sama rasa dihatinya, kerana seorang ibu tidak akan mampu untuk mengaku perkara sebenar dihadapan anak-anaknya. 


Beri Perhatian

 
Selagi ibu bapa mu masih ada..jangan kau cuba mengambil kesempatan ke atas diri mereka. Jangan kau fikir kau terlalu bijak untuk menentukan arah tuju hidupnya, berilah ruang dan peluang kepada mereka untuk menentukan haluan hidupnya selagi masih tidak melanggar hukum syariat. Jika kau pandai mengambil kesempatan atas kelemahan kedua mereka, percaya lah hidup mu tidak akan bahagia dan ceria kerana sampai ketikanya, hidup kau juga akan berulang seperti apa yang kau telah lakukan kepada mereka.

Selagi ibu bapa kita masih ada..jangan cuba abaikan mereka, berilah perhatian kepada mereka kerana mungkin tidak lama mereka akan bersama dengan kita lagi. Berilah peluang kepada mereka untuk menikmati kesenangan setelah bersusah payah mereka membanting tulang untuk menyara dan membesarkan kita sehingga kita menjadi dewasa seperti hari ini. Gembirakan lah hati mereka semahu-mahunya mengikut tahap kemampuan yang kita ada.  Jangan kita membenarkan fikiran kita diracuni oleh sesiapa pun untuk tidak mengendahkan kedua ibu bapa kita walau seburuk atau sejahat mana mereka sekalipun.

Ambil Kesempatan Sebelum Terlambat 


Selagi mereka masih ada..peluk dan dakap lah mereka, kerana kau akan menyesal apabila saat kau cium nanti tidak ada lagi respon dari mereka. Peluk dan cuimlah mereka semasa mereka masih lagi boleh memberi respon daripada pelukan kita. Ingatlah Ibu bapa kita adalah segala-galanya bagi kita kerana jika tiada mereka tiadalah kita. Kenanglah jasa mereka dengan berbuat baik terhadap keduanya.


Monday 7 October 2013

YA RASULULLAH..KELAHIRAN MU MEMBAWA RAHMAT KE SELURUH ALAM

 



Mendengar lagu ini membuatkan kita menitiskan air mata, sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W pembawa rahmat sekian alam..sentiasalah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W dan moga kita akan memperoleh syafaatnya di akhirat nanti.

IBU..KAULAH RATU DI HATI KU..RATU JUGA KEPADA ANAK-ANAK DAN SUAMI MU..KAU KEBANGGAAN KAMI..



Ibu, tatkala aku ingin memulakan tulisan ini..telah bergenang air mata ku ibu.., mengenang nasib ibu yang terlalu sukar untuk dibayangkan kesengsaraannya. Tidak sanggup aku mendengar cerita lampau yang selalu ibu cerita kan pada ku. Selalu saja aku mengalihkan pandangan dari ibu tatkala ibu menceritakan kisah lampau kepada ku. Pelbagai gaya aku lakonkan demi ibu tidak melihat air mata ku yang mula mengalir pabila ibu sedang rancak menceritakan kisah lampau ibu.

Ibu..aku tahu, tiada saat manis yang ibu rasakan setelah kami anak-anak ibu mula melihat dunia ini. Bermula dengan anak pertama lagi, ibu telah mula merasakan dugaan yang mencabar kesabaran dan keteguhan jiwa ibu. Dugaan demi dugaan datang bertandang, bertamu demi menguji kesabaran ibu..tapi ibu memang tabah..aku tahu ibu. Aku tidak pernah merasa jemu tatkala ibu menceritakan kisah silam ibu, cerita ibu bak menonton filem P.Ramlee yang penontonyna tidak pernah merasa jemu untuk menontonnya. 

Saturday 5 October 2013

KEUTAMAAN SEPULUH HARI AWAL ZULHIJJAH



Hari ini adalah hari terakhir di bulan Zulkaedah dan esok akan bermula bulan Zulhijjah. Mulai esok 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah kita umat islam sangat-sangat digalakkan untuk menambah amal soleh sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Tiada sesuatu hari yang lebih utama dan lebih disuka oleh Allah untuk orang beramal daripada hari-hari sepuluh (1-10) Zulhijjah , ditanya : Juga tidak menyerupai jihad fisabilillah? Jawab Nabi S.A.W : Dan tidak menyerupainya jihad fisabilillah kecuali jika seorang terpotong kudanya dan disusupkan ke tanah mukanya : Dilain riwayat : Terpotong kudanya dan tertumpahkan (tertumpah) darahnya.

Diantara amalan-amalan yang sangat digalakkan adalah berpuasa, beristigfar, bertakbir (Allahu akbar), bertahmid (Alhamdulillah), bertahlil (Laa ilaha illallah) dan bersedekah. Dan kita disaran agar tidak meninggalkan puasa sunat pada 9 Zulhijjah kerana ia mengandungi banyak kebaikan/keuntungan.

Disamping kita menjalankan rutin harian, marilah sama-sama kita menambah amal soleh untuk bekalan kita di SANA nanti. Semoga apa yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat balasan baik dan mendapat keredhaan Allah s.w.t dan moga segala amalan kita akan diterima olehNya.. Aminn..

Sumber Rujukan : Kitab Tanbihul Ghafilin




Thursday 3 October 2013

RAHSIA KEKAL SIHAT..DENGAN IZIN ALLAH S.W.T




Hari ni teringin nak cerita pasal mak saya. Nama mak saya Latifa Binti Omar, macam nama pelakon kan..tapi mak saya bukan seorang pelakon, hanya orang kampong, orang miskin, tiada apa-apa..tapi Alhamdullillah sehingga sekarang mak saya masih sihat, kuat dan bertenaga walaupun usianya telahpun mencecah 77 tahun. Mak saya memang tak boleh duduk diam, mesti kena buat kerja..mak saya kata kalau tak buat kerja rasa macam nak demam. Kalau saya seronok lagi dapat berehat dan bermalas-malas jika ada masa yang terluang. Itu lah kelebihan mak saya dari dulu sampai sekarang..kalau orang lain yang sebaya dengannya dah mula sakit lulut, tak kuat nak berjalan dan yang dah terlantar pun ada. Apa pun syukur kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kesihatan yang baik kepada mak saya kerana bukan semua orang diberikan nikmat yang sebegitu rupa. Thank you Allah..

KELEBIHAN DAN KHASIAT

MADU

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah :




- Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
- Mencuci perut
- Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan    
  dengan sempurna dan   
  menolaknya ke usus besar
- Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
- Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas

Tuesday 1 October 2013

YANG TERSAYANG..


Ayah .. ALLAHYARHAM HJ. HARUN BIN YEOP AHMAD 


Ayah… hanya doa yang dapat kami kirimkan buat mu..segala jasa dan pengorbananmu membesarkan kami semua, tidak mampu kami balas. Didikan yang ayah berikan kepada kami menjadikan kami sentiasa berusaha untuk patuh pada perintah dan menjauhi segala larangan sebagaimana yang disyariatkan Allah s.w.t. Kami semua bersyukur kepada Allah dan berterima kasih pada mu ayah, kami redha dan akur walaupun kami dididik penuh ketegasan demi kebahagiaan kami pada hari ini. Kami berdoa kepada mu ya Allah..”cucuri lah rahmat ke atas roh ayah kami dan golongkan lah ia bersama-sama orang-orang yang beriman”. “Terima kasih ayah…” Al-Fatihah…

 

 
 

Ibu .. HJH. LATIFA BINTI OMAR
Ibu..pengorbanan mu tersangatlah hebat, tiada luahan kata-kata dapat diungkapkan untuk menggambarkan keperitan dan kepayahan mu, pengorbanan dan jasa mu ibu tidak akan terbalas. Kecekalan dan ketabahan hati mu membuatkan kami  dapat merasai nikmat kehidupan pada hari ini. Kesusahan dan penderitaan atas kemiskinan yang ibu harungi tidak dapat digambar akan keperitannya oleh kami semua.. Kesengsaraan mu mencari rezeki demi sesuap nasi bagi kami anak-anak mu tidak akan kami lupa.  Kentalnya semangat yang tersemai di dalam jiwa ibu tidak pernah luntur walaupun terpaksa memerah keringat demi memberi pendidikan kepada kami semua. Ibu..setiap detik kesusahan yang kami harungi bersama ibu akan terpahat utuh di hati sanubari hingga ke akhir hayat kami. Kepasrahan ibu mengharungi ujian yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t mengajar kami sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan redha dengan ketentuan yang dianugerahkan olehNya.

Ibu..kini hatimu tenang..setenang air di kali. Berkat kesabaran dan ketabahan hatimu..ibu mampu tersenyum, terpadam segala duka dan lara yang menyelubungi hidupmu selama ini. Limpahan kasih sayang yang dicurahkan anak-anak sangat ibu banggakan. Ibu dimanja bagai anak kecil..segala kemahuan ibu tidak pernah diabai, Luahan hati yang dilafazkan ibu, terlukis satu kepuasan, kegembiraan dan kebanggaan yang menyemaikan rasa syukur tidak terhingga kepada pencipta alam ini kerana mengurniakan anak-anak yang soleh. Ketenangan dan kegembiraan yang dianugerahkan ini tidak pernah dirasai suatu waktu dahulu..sewaktu jerih membesarkan kami semua.

Ibu…kami sentiasa berusaha untuk membahagiakan ibu selagi hayat kami dikandung badan. Keperitan ibu membesarkan kami tidak akan dapat dibalas oleh kami semua, tetapi kami akan sedaya upaya membalas jasa ibu mengikut kemampuan kami sebagai manusia biasa. Ibu...air mata kami sentiasa bergenang tatkala mengimbau kembali kepayahan hidup yang ibu lalui, tiada siapa yang sanggup berkongsi kesusahan dan menghulur bantuan kerana masing-masing punya tanggungjawabnya sendiri. Kesabaran dan kepasrahan ibu menerima dugaan dan ujian hidup dari Allah s.w.t telah mendapat kemenangan dan kemanisannya pada hari ini.

Ibu..kini tiba masanya untuk ibu beristirehat demi menghilangkan segala kepenatan lalu, memperbanyakkan ibadah dan memperhambakan diri kepada Allah Yang Maha Esa di ketika ini bagi menambah saham ibu di sana nanti adalah yang terbaik buat ibu. Kami akan sentiasa mendoakan kesihatan yang baik dan ketenangan hati buat ibu. Sekiranya masih ada sedetik atau sekilas kenangan yang meruntun jiwa..anggap lah ia sebgai rencah kehidupan dan hulurkan lah kemaafaan buat mereka kerana sesungguhnya Allah s.w.t lebih mengetahui sesuatu yang berlaku ke atas  setiap hambanya. Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi, ibu..marilah kita bersama-sama mensucikan hati, bermunajat serta memanjatkan doa kepada Allah s.w.t agar amalan kita diterima olehNya dan mendapat keberkatan didunia mahupun di akhirat. Insyaallah…

abang .. MOHD AZHAR HARUN 

Demi maruah dan kebahagiaan keluarga, kau sanggup menempuh liku-liku hidup yang mencabar dan sukar. Penghargaan yang tidak terhingga dari kami untuk mu setelah berjaya memberi sinar harapan yang baru dan merubah nasib keluarga. Jasa dan bakti mu sememangnya tidak ternilai.. kau umpama payung yang memayungi tuannya, walau diri mu hampir rebah menahan deruan angin dan hujan, tapi kau tetap teguh dah utuh untuk terus sedia memayungi kami adik-adik mu. Besar jasamu membuat ibu sentiasa terharu..terharu kerana kepayahan yang terpaksa diharungi semasa usia mudamu. Kecekalan hatimu, membakar lagi semangat ibu untuk menempah kejayaan hari ini..sabar sifat mu, jadikan ibu terus teguh berdiri meneruskan perjuangan hidup.

Sehingga kini ibu masih terkenang, terkenang pergorbananmu..terkenang kesabaran mu..terkenang kecekalan mu..pengorbanan yang kau hulurkan telah banyak memberi impak kepada kesejahteraan keluarga kita. Tika kami berkumpul semasa pulang ke kampung, masih terdengar lagi kata-kata pujian buatmu serta rasa simpati kerana kepayahan dan kesusahan mu suatu waktu dulu.Sifat lembutmu menyejukkan hati ibu..selamba sifatmu menggelikan hati ibu. Warak sifatmu membuatkan ibu sentiasa berdoa agar setiap amalan mu diterima oleh Allah s.w.t. Tapi jangan pula lupa..rajuk hati ibu muncul tika kau tidak bertandang ke rumah..sugul jiwanya tatkala tiada kelibatmu dihalaman rumah..sunyi perasaannya bila tiada siapa menziarahinya dirumah. Perasaan seorang ibu memang begitu.. jika yang disayang tiada disebelah, mulalah perasaannya tidak tentu arah. Terkadang ibu terdengar-dengar suara tapak kakimu yang lembut tika dihayun di atas lantai kayu rumah buatan ayah. Rasa hormat dan malu pada ayah, buat ibu terkenangkan mu tatkala ayah tiada lagi disisinya.

Sehingga kini..kau masih menjadi harapan kami semua..maafkan kami kerana pengorbanan mu masih lagi kami harapkan, harapan kami bukan disengajakan tetapi kerana kami jauh diperantauan. Memang kami akur..kami tidak kan mampu untuk menjaga kebajikan ibu pada tiap hari, walau niat dihati mau saja senantiasa berada disisinya. Terima kasih atas segala pengorbananmu abangku.. walau ia sebahagian dari tanggungjawab, pasti timbangan amalmu akan berat.



Dr. Hanafi Harun
Amir Harun
Shairi Harun

Aminah Harun




Maimunah Harun

Zuraidah Harun

Terima kasih dari kami.....



"SUPPLEMENTS" SUNNAH

Assalam..

PENJAGAAN KESIHATAN DISAMPING MENDAPAT PAHALA SUNNAH DENGAN "SUPPLEMENTS" SUNNAH

 

HABBATUSSAUDA
24 KAPSUL
RM13.00



Baru-baru ni saya buat medical chek-up yang diwajibkan bagi kakitangan yang berusia melebihi 40 tahun. Dah 3 kali saya terpaksa buat perkara yang sama pada setiap tahun..semua keputusannya memang cantik, cuma yang jadi masalah adalah pada bacaan paras kolestrol, dari dulu bacaan kolestrol saya memang tinggi..kalau tak silap saya pernah dulu bacaannya 8.6++ gitu, paling rendah pun dalam 6.++. Doktor dah saran kan saya makan ubat yang disyorkannya, tapi biasalah malas nak makan, lupa..ishh macam-macam la.

CUKA KURMA 500ML
RM17.00
MADU 250G/500G
RM18.00/28.00
Sangat mengejutkan apabila kali keempat saya buat medical chek-up dalam bulan Julai/Ogos baru ni, yang lain saya tak payah cerita la, setakat ni memamg ok je. Bacaan kolestrol saya telah menurun kepada 4.61 dan doktor tanya saya, "you diet ke" saya jawab "aah" je la, tapi sebenarnya tak diet pun. Bukan senang nak berpantang..kadang-kadang tu pantang gak, pantang tengok..ngap aje. Lagi satu ayat power yang biasa saya dengar, bukan selalu pun makan makanan berkolestrol ni..sekali sekala je..tapi esoknya makan lagi dan cakap macam tu lagi.

PATI DELIMA 250ML
RM16.00
Teruja dengan penurunan bacaan kolestrol tu yang saya nak kongsi dengan kawan2 ni, nak cite ngan kawan2 tentang keistimewaan "supplements" sunnah ni. Beberapa bulan sebelum tu saya amalkan minum cuka kurma, pati delima dan madu. Saya campurkan sesudu besar madu+sesudu besar pati delima+sesudu kecil cuka kurma dan dicampurkan dengan satu mug air/air sejuk (dalam peti ais tu). Memang sedap tak masam sangat dan rasa masam-masam manis, tak rasa malas nak minum. Disamping tu saya makan gak kapsul habbatus sauda. Untuk makluman saya tak berdisiplin sangat pun, kadang2 tak ingat..tak makan pun. Walaupun macam tu alhamdulillah, ada gak kesannya. Ttapi untuk makluman juga..makanan sunnah ni bukan untuk turunkan paras kolestrol je..sebenarnya macam-macam, untuk penjagaan kesihatan secara umum. Tu la kelebihan makanan sunnah..dah nabi kita yang suruh, mesti lah makanan tu memang baik.

Sekiranya kawan2 berminat untuk mengamalkan makanan sunnah ini, saya mempunyai stok yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Wassalam..