Hari ni teringin nak cerita pasal mak saya. Nama
mak saya Latifa Binti Omar, macam nama pelakon kan..tapi mak saya bukan seorang
pelakon, hanya orang kampong, orang miskin, tiada apa-apa..tapi Alhamdullillah
sehingga sekarang mak saya masih sihat, kuat dan bertenaga walaupun usianya
telahpun mencecah 77 tahun. Mak saya memang tak boleh duduk diam, mesti kena
buat kerja..mak saya kata kalau tak buat kerja rasa macam nak demam. Kalau saya
seronok lagi dapat berehat dan bermalas-malas jika ada masa yang terluang. Itu
lah kelebihan mak saya dari dulu sampai sekarang..kalau orang lain yang sebaya
dengannya dah mula sakit lulut, tak kuat nak berjalan dan yang dah terlantar
pun ada. Apa pun syukur kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kesihatan yang
baik kepada mak saya kerana bukan semua orang diberikan nikmat yang sebegitu
rupa. Thank you Allah..
Rajin melayan kerenah cucu-cucunya..tu la sebab cucu-cucu semua sayang ngan opah
Nak tahu apa rahsia mak saya kekal sihat sehingga
ke usia emas 999 ni..sejak remaja lagi emak saya memang seorang yang sangat
ikhlas, buat kerja tak pernah minta upah dan tak pernah merungut-rungut..mak
ayah, adik beradik, anak buah, sepupu sepapat dilayan sebaik mungkin. Tidak
pernah iri hati dengan apa yang orang lain ada kerana dia tau setiap orang ada
bahagiannya masing-masing, sangat rajin membantu sekadar kemampuan yang dimiliki.
Penyabar sifatnya sejak dari dulu..biar apa orang lain kata, dia hanya
membisu..walau diperlekeh bermacam gaya, dia tetap dengan kesabaranya. Sangat
merendah diri walaupun dalam keadaan yang sepatutnya dia boleh berbangga atau
meninggi diri. Memang mak saya ni tak makan pujian, puji lah macam mana pun..tak
nampak pun seri pujian diwajahnya. Sangat rajin dalam menjalankan tanggungjawab
kepada suami dan anak-anak, sesukar mana sekali pun, akan ditunaikan juga
kewajipannya. Sentiasa bercakap benar dalam apa juga keadaan walau dalam
keadaan yang sangat terdesak sekalipun.
Tengok tu..saja je nak buat keje..sepatutnya tak payah buat dah..tapi mak ni bukan kejar dunia, hasilnya akan disedekah kan atau diwakafkan..
Nak tau rahsia dari segi perubatan pula...ni dia,
mak saya semenjak melahirkan anak pertama lagi sangat kuat berpantang, cakap orang
tua tidak pernah diabaikan malah akan dinilai dan diamalkannya tanpa rasa jemu
dan rasa malas. Dari usia muda sehigga ke usia ini mak saya sangat tidak suka
menggunakan ubat-ubatan hospital, walau sakit apa sekalipun
dia..memang kalau boleh dia tak akan makan ubat hospital, hanya mengamalkan ubatan tradisional sahaja.
Sayang mak..ceria je mukanya..Ya Allah, kau panjangkan lah umur emak ku dan berkati lah segala yang dilakukannya
Nak tau apa ubatnya..kalau
kembung perut disapu minyak angin atau direbus lada hitam bersama halia dan diminum airnya, kalau pening atau sakit kepada akan dikunyah
bijirin hitam (habbatusauda), jika cirit birit akan dikunyah nya pucuk jambu
batu atau diminum teh pekat, jika demam akan dicari daun-daun kayu untuk
dimandi dan jika lenguh-lenguh badannya akan dibakarkan tungku batu dan
ditungku ketempat-tempat yang lenguh. Tapi tengok hasilnya..alhamdulillah masih
kuat sehingga sekarang. Setakat ini mak saya memang tiada lagi penyakit yang
berangkai-rangkai tu..(kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung).
Alhamdullillah..apa pun semuanya adalah ketentuan dari Allah s.w.t, kita hanya
mampu berusaha untuk menghindarinya sahaja.