Saturday 26 October 2013

TESTIMONI PENGAMAL PEMAKANAN SUNNAH - HABBATUSSAUDA

Assalamualaikun w.b.t


Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengilhamkan kepada saya untuk mengamalkan pemakanan sunnah bagi penjagaan kesihatan seisi keluarga saya. Disamping penggunaan terhadap keluarga, saya juga memperkenalkan pemakanan sunnah ini kepada rakan-rakan di pejabat dengan menerangkan kelebihan serta keberkesanan pemakanan sunnah ini.  Dengan harga yang semua orang mampu untuk  memilikinya, tidak terlepas juga mendapat pahala sunnah secara tanpa sedar apabila kita mengamalkannya.

Alhamdulillah..kali pertama saya menggunakan habbatussauda apabila saya diserang sakit kepala, selalunya saya akan mengambil 2 biji panadol untuk menahan sakit dan seterusnya saya akan tidur untuk menghilangkan sakit kepala tersebut .Tetapi pada hari itu, saya mengambil habbatussauda untuk menghilangkan sakit kepala saya, dengan berniat untuk menghilangkan sakit kepala serta berselawat, alhamdulillah..sakit kepala saya hilang. Dengan harga yang tidak seberapa, saya telah mendapat pahala berubat, pahala amalan sunnah juga telah menyembuhkan sakit kepala saya. Seperti yang saya ceritakan tentang KEAJAIBAN HABBATUSSAUDA, ia menjadi sebagai penawar di waktu kecemasan sebelum mendapat rawatan dari hospital/klinik.

Begitu juga dengan suami dan anak-anak saya, suami yang sakit kepala dan sakit perut telah saya sarankan untuk mengambil habbatussauda, kesannya sangat memberangsangkan apabila sakit kepala dan sakit perutnya juga telah hilang. Anak-anak yang demam juga saya beri mereka makan habbatussauda, alhamdulillah..dengan izin Allah telah kebah demam mereka..kecuali pada anak-anak yang belum pandai menelan ubat berbentuk kapsul, saya akan masukkan ke dalam botol susu beberapa lama untuk melarutkan kapsul tersebut (walau bagaimanapu memakan masa yang agak lama untuk melarutkan kerana ia sejenis soft gelatin yang mengandungi minyak habbatussauda didalamnya...dan melalui pengalaman saya, ia tidak akan larut sepenuhnya)

Kepada teman-teman yang saya sarankan pengambilan habbatussauda ini juga mengatakan bahawa, memang terbukti keberkesanannya :

Diantara Testimoni :

- Pn. Norlida
 Telah beberapa hari mengalami deman2 dan pening2, saya menyarankan untuk mengambil habbatussauda sebagai penawar, deman dan pening2 yang telah beberapa hari dialami telah kembali pulih disamping telah juga melawaskan pembuangan air besar.

- Pn. Hamizah Muis
Semasa Hari Raya Eidul Adha yang lepas, akibat keletihan menyediakan persiapan hari raya ..ibunya  telah mengalami pening2 dan keletihan, kawan saya telah memberi 2 kapsul kepada ibunya sebagai penawar..Alhamdulillah..ibunya telah mampu bangun dan menguruskan rumahtangga seperti biasa. Begitu juga ayahnya yang mengalami sakit perut akibat pengambilan bermacam makanan pada hari raya, disarankan juga kepada ayahnya untuk mengambil habbatussauda sebagai penawar,  sambil berselawat dan menelan 2 kapsul habbatussauda, telah kembali pulih perutnya yang sakit. Kawan saya sendiri mengalami sakit perut yang memulas-mulas, apabila mengambil habbatussauda, perut yang memulas telah kembali pulih seperti sediakala.

- Pn. Hasyimah Arshad
Dengan pengambilan 2 kapsul habbatussauda, sakit kepala yang dialami oleh suaminya telah hilang.

- Pn. Nurul Azira
Mengalami migrain dan telah menelan 2 kapsul habbatussauda sambil berselawat dan berniat untuk menghilangkan penyakit tersebut, terbukti akan keberkesanan habbatussauda apabila migrain yang dialami hilang berkat pengambilan habbatussauda dan berselawat.

- Kawan kepada Suami
Telah mengalami pening2 beberapa hari dan tidak kuat untuk menjalan tugas dan rasa terhoyong-hayang apabila bergerak, setelah diperkenalkan pemakanan sunnah ini (habbatussauda), alhamdulillah..telah sembuh pening2 dan mampu menjalankan tugas ditempat kerja seperti biasa.

Bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w :

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Disarankan juga kepada ibu-ibu tua yang tidak mampu menerima ubat penahan sakit, seperti paracetamol dan sebagainya dapat mengambil habbatussauda sebagai penawar kerana sesetengah dari ibu-ibu tua ini akan rasa menggigil apabila mengambil paracetamol atau ubat penahan sakit yang lain. Habbatussauda ini juga boleh diambil pada setiap hari untuk penjagaan kesihatan secara umum disepanjang hayat kita.