Ibu, tatkala aku ingin memulakan tulisan ini..telah bergenang air mata ku ibu.., mengenang nasib ibu yang terlalu sukar untuk dibayangkan kesengsaraannya. Tidak sanggup aku mendengar cerita lampau yang selalu ibu cerita kan pada ku. Selalu saja aku mengalihkan pandangan dari ibu tatkala ibu menceritakan kisah lampau kepada ku. Pelbagai gaya aku lakonkan demi ibu tidak melihat air mata ku yang mula mengalir pabila ibu sedang rancak menceritakan kisah lampau ibu.
Ibu..aku tahu, tiada saat manis yang ibu rasakan setelah kami anak-anak ibu mula melihat dunia ini. Bermula dengan anak pertama lagi, ibu telah mula merasakan dugaan yang mencabar kesabaran dan keteguhan jiwa ibu. Dugaan demi dugaan datang bertandang, bertamu demi menguji kesabaran ibu..tapi ibu memang tabah..aku tahu ibu. Aku tidak pernah merasa jemu tatkala ibu menceritakan kisah silam ibu, cerita ibu bak menonton filem P.Ramlee yang penontonyna tidak pernah merasa jemu untuk menontonnya.


Ibu..walau seribu kali dikisahkan..air mataku tidak pernah lupa untuk mengalir..entah kenapa aku tidak tahu. Serasa bagai kisah hidup ibu, aku sendiri yang melaluinya..sangat menyentuh jiwa setiap yang mendengarnya.
Ibu ku memang dari keluarga yang miskin, kedua ibu ayahnya memang juga dari keluarga miskin. Ibu tidak bersekolah walaupun hajat ibu dan ayahnya ada untuk menghantar ibu ke sekolah. Tapi ibu tidak mahu hanya dengan alasan takut.. tetapi ibu sanggup menjaga adik-adiknya serta menguruskan hal rumahtangga semasa ketiadaan mereka kerana mencari rezeki.
Sehingga umur ibu ku meningkat remaja, segala urusan rumahtangga dilakukan oleh ibu. Membasuh, memasak, mengambil air disungai, mencari kayu api, menjaga ibu ayah, adik-adik, kakak dan abang menjadi rutin harian ibu. Sementara ayah dan ibunya keluar mencari rezeki..ibu pula sibuk menguruskan hal ehwal dirumah. Walaupun kakak ibu bekerja dan punya duit sendiri untuk berbelanja, ibu tidak pernah iri hati. Walaupun makan minun dan pakaian mereka diurus oleh ibu, ibu tidak pernah meminta upah. Tidak pernah juga ibu merungut keletihan menjaga urusan keluarga dirumah. Ibu sentiasa berlapang dada dan tidak pernah rasa seperti dianiya. Ibu ikhlas melakukannya..Ibu memang begitu..

Sehingga pada suatu ketika ibu telah disahkan mengandung, ibu mula merasa lesu tidak mampu lagi melakukan kerja seperti selalu. Alahan yang ibu tanggung memang menyeksakan sehingga hendak melihat matahari pun ibu ku tidak mampu lagi. Ibu bagai terjelepuk tidak mampu untuk bangun. Mengurus diri sendiri pun menjadi sukar inikan pula untuk memikul tugas rutin yang dilakukan sebelum ini. Ibu kalah..Ibu mengalah..
Episod duka seorang ibu bernula, ibu mula tidak disenangi oleh keluarga di sebelah suaminya..ibu hanya mampu duduk dirumah..tidak mampu lagi membuat kerja rumah dek kerana "morning sickness" nya. Tetapi apakan daya..itu lah takdirnya..ibu terimanya dengan redho. Memang..Ibu kata tiada siapa yang akan suka jika kita dah tak mampu berbuat apa-apa..
... akan bersambung, insyaallah..
( Cerita ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan sesiapa, hanya sekadar pengalaman ibu saya semata-mata dan ianya sebagai perkongsian dan penghargaan daripada seorang anak kepada ibunya..saya memohon berbanyak-banyak maaf sekiranya tulisan ini menyinggung mana-mana pihak, walau bagaimanapun ianya juga bukanlah bertujuan yang sedemikian..sekian, terima kasih )