Saturday 5 October 2013

KEUTAMAAN SEPULUH HARI AWAL ZULHIJJAH



Hari ini adalah hari terakhir di bulan Zulkaedah dan esok akan bermula bulan Zulhijjah. Mulai esok 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah kita umat islam sangat-sangat digalakkan untuk menambah amal soleh sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Tiada sesuatu hari yang lebih utama dan lebih disuka oleh Allah untuk orang beramal daripada hari-hari sepuluh (1-10) Zulhijjah , ditanya : Juga tidak menyerupai jihad fisabilillah? Jawab Nabi S.A.W : Dan tidak menyerupainya jihad fisabilillah kecuali jika seorang terpotong kudanya dan disusupkan ke tanah mukanya : Dilain riwayat : Terpotong kudanya dan tertumpahkan (tertumpah) darahnya.

Diantara amalan-amalan yang sangat digalakkan adalah berpuasa, beristigfar, bertakbir (Allahu akbar), bertahmid (Alhamdulillah), bertahlil (Laa ilaha illallah) dan bersedekah. Dan kita disaran agar tidak meninggalkan puasa sunat pada 9 Zulhijjah kerana ia mengandungi banyak kebaikan/keuntungan.

Disamping kita menjalankan rutin harian, marilah sama-sama kita menambah amal soleh untuk bekalan kita di SANA nanti. Semoga apa yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat balasan baik dan mendapat keredhaan Allah s.w.t dan moga segala amalan kita akan diterima olehNya.. Aminn..

Sumber Rujukan : Kitab Tanbihul Ghafilin