Kalau boleh tak nak terjumpa sebab rasa macam serba salah walaupun kita dah janji untuk bayar semula bila sampai masanya nanti. Walaupun hutangnya tidak sebanyak mana tetapi perasaan serba salah tetap muncul setiap kali bertemu dengan si pemberi hutang. Tapi ini cerita orang yang ada perasaan dan benar-benar nak bayar semula hutangnya bila saja sampai masanya nanti.
Tapi ada juga segelintir manusia yang tau hutang itu wajib dilunaskan, namun sentiasa saja menangguhkannya dengan alasan yang bermacam-macam. Nak dikatakan tidak cukup wang, tidak juga sebab bila diperhatikan cara dia berbelanja dan bergaya memang bukan itu alasannya. Apa yang lebih memelikkan seperti tiada apa yang berlaku dengan gaya hidupnya yang bermewah-mewah. Makan direstoran mewah, beli pakaian yang mahal-mahal, boleh bercuti ke tempat menarik bersama keluarga.
Apakah dia tak pernah terfikir bahawa kematian itu tidak tentu masanya. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil nyawanya. Dan disebabkan hutang, peluangnya untuk ke syurga akan tergantung sekalipun banyak amalan baik yang dilakukan. Bagi saya hutang perlu didahulukan berbanding kepentingan diri sendiri. Biar saya kurang duit untuk seketika asalkan hutang dapat dilangsaikan. Bila hutang diselesaikan terasa hilang beban yang berat. Lain lah hutang berjadual seperti hutang rumah, hutang kereta yang memang kita tak mampu untuk langsaikan sekali gus.
Apa pun jika anda berhutang dengan sesiapa pun, azamkan diri untuk bayar semula hutang tu, insyaallah Allah akan permudahkan kita untuk langsaikannya. Kalau tak mampu sekali gus, bayarlah beransur-ansur sehingga habis. Dan kepada sesiapa yang hutangnya masih tidak dibayar oleh si pemiutang, bersabarlah..jika kita tidak mendapat kembali duit atau apa saja yang diberi hutang tu, inysaallah di SANA nanti akan dikembalikan juga hutang tu kepada kita yang mungkin kita sangat memerlukannya pada ketika itu.
Azam Diri Untuk Bayar Hutang