Monday, 16 May 2016

SELOKA SENTAP SILATURRAHIM






Bukan mudah mengucap maaf, kalau bukan seorang pemaaf. Bukan mudah mengaku salah kalau bukan kerana diri muhasabah. Bukan mudah untuk redha, jika hati tidak pernah sedar. Jika tidak kerana mu Ya Allah mungkin tidak akan mampu diluah, manakan tidak sudah puas hati disentap, menanggung duka yang kerap dihadap.


Tidak diendah ketika bersua, hati terguris bagai dihiris, menahan sebak hingga tersedak, hati sedih tak pernah pulih. Namun layanan mu masih ada kasih, tiada tanda pernah diguris, tiada dendam berserta kesumat, sentiasa ceria tika di sapa, raut muka tidak pula mencuka,.


Mengapa manusia sanggup begitu, hati tidak pernah ada susah, diri tidak terasa insaf, hingga sanggup buat derhaka, tidak kira dosa atau pahala. Sudah-sudahlah berperangai begitu, jangan pula sampai tak sempat, taubatlah segera moga dimaaf.


Ibu bukan tandingan untukmu, ibu mulia disisi semua..bukan saja ibu kandungmu tapi juga ibu mertuamu, darjatnya sama.. sama juga seperti suamimu. Kekalkanlah silaturrahim ini, jenguklah selalu sepertu juga ibu kandungmu, jangan disemai lagi baka kesumatmu, jangan dibaja kiranya tersemai, akhiri hidupmu dengan silaturrahim, silaturrahim yang sihat dan juga subur, seperti suburnya kesumat mu dulu.


Jangan diulang perangai lama mu, banyak yang rugi dari untungnya, bahana didunia mungkin belum nampak lagi, tapi di akhirat macam sudah pasti. Baki umurmu untuk diinsafi, apa yang terlanjur boleh diampuni, hanya taubat pada yang ESA..insyaallah pintunya masih  lagi terbuka, sebelum terlambat buat lah segera, jika ditangguh pastinya merana.


Silaturrahim ini perlu dijaga, sebagai syarat untuk ke syurga..walau yang lain suci dijaga, tapi yang ini wajib dijaga, seperti menjaga tiang agama, tanpa nya juga pasti neraka.



Kedit foto : SyafiqahMohammad