
Faktor Pertama ~ Susut Nilai @ Spread Rendah
Anda kena pastikan susut nilai atau spread sesuatu item emas itu rendah. Spread atau susut nilai tu bermaksud perbezaan harga kita beli dan harga apabila kita jual semula emas tu. Iannya boleh kita ketahui dalam bentuk % atau Ringgit Malaysia.
Contoh 1 :
# Contoh Susut Nilai dalam bentuk % :
Harga Jualan (PG Buy) TOLAK Harga Belian (PG Sell)
BAHAGI Harga Jualan (PG Buy) DARAB 100 = ? %
(Susut nilainya bagi item 1 Dinar adalah : 8%
# Contoh Susut Nilai dalam bentuk RM :
Harga Jualan (PG Buy) TOLAK Harga Belian (PG Sell) = RM ?
(Kalau ikut contoh emas 1 Dinar diatas susut nilainya adalah : RM58
Jadi, kalau anda nak beli mana-mana emas, anda boleh gunakan formula diatas untuk mengetahui berapa susut nilai bagi emas tersebut. Makin rendah susut nilai samada dalam % atau RM nya, itulah emas yang paling baik untuk dibeli.
Contoh 2 :
# Gunakan formula yang sama tetapi bagi item 10 dinar.
Harga Jualan (PG Buy) TOLAK Harga Belian (PG Sell)
BAHAGI Harga Jualan (PG Buy) DARAB 100 = ? %
(Susut nilai bagi item 10 Dinar adalah : 6.5%
Susut nilai bagi setiap item juga berbeza, bagi contoh item 1 dinar tadi kita dapati susut nilainya adalah 8%. Di dalam memilih item juga anda ada pilihan untuk membeli item yang mana paling rendah susut nilainya. Bagi kedua-dua contoh di atas, item 10 dinar lebih baik kerana susut nilainya hanya 6.5% sahaja berbanding 8% bagi item 1 dinar.
Faktor Kedua ~ Harga Per Gram Rendah
Bagi faktor kedua ni, saya rasa anda semua faham tentang harga per gram ni. Maknanya berapa harga yang ditawarkan oleh kedai/syarikat emas bagi 1 gram. Setiap kedai/syarikat emas menawarkan harga bersih yang berbeza-beza bagi setiap gram emas. Ini kerana mereka mengambil kira kos upah tukang atau workmanship bagi setiap emas yang dijual, walaupun harga emas sebenarnya sama mengikut harga pasaran dunia . Bagi emas Public Gold, tiada sebarang upah tukang yang dikenakan tetapi mereka mengenakan kos pengangkutan atau Gold Premium mengikut berat emas yang anda beli. Walaupun Public Gold mengenakan caj Gold Premium, ia jauh lebih murah berbanding kos upah yang dikenakan oleh syarikat emas lain.
![]() |
Harga emas PG 1 gram RM171 + RM5 (Gold Premium) = RM176 |
![]() |
Emas 1 gram |
Faktor Ketiga ~ Stok Tiada Had
Kadang-kadang apabila anda tengok harga emas fizikal yang ditawarkan oleh bank-bank amat murah pada ketika itu. Tapi apa yang paling menghampakan, apabila anda nak booking untuk membeli emas pada ketika itu, anda diberitahu tiada stok emas dan tidak boleh booking pada masa tu. Harga emas yang ditayangkan semata-mata harga untuk tatapan sahaja. Walaupun harga yang ditawarkan amat murah tetapi ia tidak membawa apa-apa makna kerana mungkin di lain masa atau pada hari lain emas tersebut telah naik harganya.
Di Public Gold masalah emas tiada stok memang tidak pernah berlaku, sebanyak mana kita mahu beli emas, Public Gold sentiasa ada stok. Walaupun mungkin kita tidak dapat serta merta emas tu tetapi sekurang-kurangnya kita boleh "lock harga" atau booking emas tersebut pada ketika harganya murah. Emas Public boleh di beli secara online (Beli Emas PG Online) atau pergi terus ke pejabat PG di cawangan terdekat dengan anda. Anda juga boleh bertanya dengan saya sekiranya menghadapi masalah untuk membeli secara online.
![]() |
Letakkan nama introducer dan no PG seperti diatas kalau anda nak saya sebagai introducer atau anda boleh letak mana-mana dealer sebagai introducer anda. |
Faktor Keempat ~ Pastikan Emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu
Apa yang membuatkan tips keempat ini penting adalah kerana jika anda memerlukan duit segera semasa kecemasan, anda tidak perlu risau kerana emas yang anda simpan boleh digadaikan di Ar-Rahnu (pajak gadai islam) dan anda akan mendapat tunai segera. Kalau beli emas dengan tiada ilmu dah tentu anda terbeli emas yang tidak diterima oleh Ar-Rahnu. Bukan semua emas, Ar-Rahnu terima kalau anda pajak. Emas yang mempunyai ciri-ciri tertentu saja yang akan diterima oleh Ar-Rahnu. Diantara emas yang tidak diterima Ar-Rahnu adalah emas yang dibalut dengan plastik dan tidak boleh dibuka. Emas yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kecil yang tidak berjenama atau emas potong juga antara contoh emas yang tidak diterima oleh Ar-Rahnu. Kalau emas Public Gold memang mudah untuk dipajak. Antara Ar-Rahnu yang menerima emas Public Gold pada masa ini adalah Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Pos Malaysia. Anda boleh lihat syarat-syarat gadaian di institusi tersebut yang mungkin akan berubah dari masa ke semasa.

Faktor Kelima ~ Cawangan Jual Beli Banyak
Kadang-kadang jadi masalah kalau cawangan tak banyak sekiranya kita nak jual balik emas tu. Bukan semua dealer nak beli balik emas yang kita nak jual tapi di cawagan, mereka kena beli balik kalau kita nak jual balik emas tu. Dengan Public Gold, masalah ini mungkin dapat diatasi kerana setakat ini Public Gold ada 16 cawagan di Malaysia termasuk 3 cawangan di Lembah Kelang.

Faktor Keenam ~ Jaminan Beli Balik Tidak Cerewet
Selalunya kedai atau syarikat emas ni, mengenakan syarat yang agak ketat kerana tidak boleh buka seal, tidak boleh kemek atau calar. Kalau berlaku perkara-perkara sedemikian, kedai atau syarikat emas akan tolak spread yang tinggi sehingga 25%. Sekiranya ini berlaku, ia akan merugikan kita kerana terpaksa tanggung kerugian besar. Kalau di Public Gold, jika kita potong atau gunting seal kekal tu, spread yang dikenakan hanya 10% dan sekiranya tidak dibuka atau dipotong spreadnya lagi la rendah.
![]() |
Ini contoh emas yang telah dibuka seal yang akan menjadikan spread semakin tinggi apabia kita nak jual semula emas tu di kedai atau syarikat emas. |
Harap semua tips yang diberikan ini akan membantu sahabat-sahabat yang ingin bermula dengan pelaburan atau simpanan emas. Insyaallah..