Ramai yang masih tertanya-tanya, apa itu GAP. GAP
sebenarnya adalah singkatan kepada Gold Accumulation Program. GAP ni
diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan masyarakat memiliki emas serendah
1 gram dengan harga yang sangat berpatutan dan munasabah berbanding emas
keluaran syarikat pengeluar emas lain. Dengan ukuran berat yang kecil, semua
golongan mampu untuk memiliki dan menyimpan emas.
SIMPAN ATAU AMBIL EMAS
GAP juga adalah seperti sebuah akaun emas, tapi
tetap disokong dengan emas fizikal. Penyimpan atau pembeli bebas membuat
pilihan samada untuk menyimpan emas terus di akaun GAP tersebut atau
mengambilnya di mana-mana cawangan Public Gold untuk dipegang sendiri bagi mendapat aura emas tu sendiri. Tapi bagi yang rasa susah untuk menyimpan kerana
takut hilang atau mungkin terlupa tempat simpanan emas kita tu, kita ada
pilihan untuk membiarkan emas tersebut di akaun GAP tanpa sebarang upah simpan.
GAP LEBIH MURAH
Harga emas yang dibeli melalui kaedah GAP juga adalah lebih
murah berbanding belian emas non GAP yang harganya adalah mengikut “retail
price” Beza harga belian antara keduanya adalah sekitar RM15-RM20 untuk 1gram.
Harga emas yang dibeli melalui kaedah GAP, RM 190/gram (mengikut harga semasa) + RM5 (caj premium) dibayar semasa nak ambil emas di cawangan Public Gold
Harga emas yang dibeli secara biasa/non GAP, RM215 (mengikut harga semasa)