Saturday, 24 September 2016

GAJI KECIL TAPI BOLEH SIMPAN


Sejak dulu saya suka simpan duit, saya masih ingat lagi masa saya mula menyimpan. Duit gaji saya masa tu hanya lebih kurang RM300. Walaupun gaji saya hanya sebanyak itu saya tak lupa untuk simpan sebahagiannya. Waktu saya mula-mula menyimpan, saya hanya simpan sebanyak RM50 di dalam akaun BSN. Rasa seronok sangat bila dapat buat simpanan dari hasil titik peluh sendiri. Masa tu saya tak pula rasa nak membeli macam2 seperti remaja2 lain buat. Kalau ikutkan memang susah nak simpan sebab masa tu hidup sendiri, sewa rumah dan makan terpaksa tanggung sendiri..maklumlah hidup merantau di negeri orang. 


Gaji pertama saya juga saya boleh hantar kepada mak saya dikampung, bukan banyak tapi sebagai tanda syukur ada pendapatan sendiri. Masa tu saya kirim dengan emak hanya RM30 jer, walau pun sedikit tapi hati rasa puas. 


Dari dulu tabiat saya memang suka menyimpan, bila duit semakin bertambah di dalam akaun..niat untuk menambah simpanan semakin membara. Kalau ikutkan gaji yang tak sebanyak mana tu, memang akan habis kalau saya jenis yang suka bershopping. Alhamdulillah..


TAK PERLU BERMEWAH


Mungkin sebab saya dah terbiasa hidup susah, keinginan untuk bermewah tidak pernah terlintas dihati saya. Berbelanja hanya untuk memenuhi keperluan hidup sahaja dan tidak lebih dari itu. Tapi bila direnung kehidupan anak muda sekarang, hidup mereka terlalu mewah. Punya kereta sendiri, bukan kereta second hand tapi sanggup membeli kereta baru, gaya yang begitu hebat tanpa memikirkan kehidupan masa akan datang.


Prinsip saya, biar hidup bersederhana, tidak perlu gaya yang mewah dan saya tak akan lupa masa hadapan yang belum tentu panasnya sampai ke petang. Kadang-kadang terasa juga peliknya bila anak2 muda yang gajinya besar tapi tak mampu untuk membuat simpanan walaupun sedikit. Bagi saya simpanan tu sangat penting, selain untuk waktu kecemasan tapi dengan simpanan juga membolehkan kita mencapai sedikit sebanyak impian yang sebenarnya suatu keperluan.


JANGAN TUNGGU GAJI BESAR


Buat masa sekarang, kalau ikutkan bukan mudah untuk saya berjimat kerana gaji kami suami isteri tidaklah sebanyak mana dengan tanggungan yang agak ramai. Dengan kos sara hidup yang agak membebankan pada masa ini. Walaupun begitu saya tetap meneruskan tradisi menyimpan dan hasil dari berjimat cermat dan menanamkan tabiat suka menyimpan, saya dapat membeli satu lot tanah untuk tapak rumah secara tunai. Impian saya memang nak membina rumah yang agak besar untuk keselesaan anak-anak. Kalau hanya dengan sebuah rumah teres yang tidak sebesar mana ni, mungkin keselesaan untuk anak-anak tidak akan tertunai. Membina rumah besar bukan bermakna untuk bermegah tapi sekadar memenuhi keperluan untuk menampung keselesaan keluarga yang besar. 


Jadi sebenarnya kalau nak berjimat cermat atau nak menyimpan, tak perlu bergaji besar atau tunggu duit "durian runtuh' kerana itu semua hanya angan2 yang entah bila akan kesampaian. Apa yang ada tu lah sepatunya kita pandai2 untuk membahagi-bahagikan untuk simpan sebahagian dan sebahagiannya lagi digunakan untuk keperluan hidup. Lebih cantik lagi bila dapat disiplinkan diri supaya dapat menyimpan pada setiap bulan. Biar pun sedikit, walau tak jadi gunung..jadi bukit pun dah sangat-sangat memadai.