Friday, 29 November 2019

IBU AYAH CERMIN BUAT ANAK-ANAK



"Mak, mak solat apa?" tanya Hakim.

"Mak solat sunat sebelum dan selepas, solat sunat rawatib" aku menjawap dengan rasa agak kehairanan.

Sebelum ni, Hakim tak endah pun solat apa yang aku buat. Tapi hari itu Hakim terbuka hati untuk bertanya.

"Hakim pun nak solat sunat jugak lah, mak tolong ajarkan boleh" dia meminta dengan bersungguh.

"Bolehhhhh", aku menjawap ringkas dengan rasa teruja untuk memberi tunjuk ajar.
Alhamdulillah..setelah beberapa hari dia tau tentang kaifiat solat sunat rawatib, dia terus terusan melakukannya.

Tapi dengan umurnya yang masih mentah (9 tahun) masih anak-anak..adakala dia terlupa dan paling menyenangkan pada solat-solat fardhu yang lain akan terus melakukan bila diingatkan.

Walaupun mungkin anak-anak lain juga biasa melakukan solat sunat ini, tapi aku tetap bersyukur kerana Allah bukakan pintu hatinya untuk mengikut amal-amal baik melalui teladan yang dilihat sendiri didepan matanya.

Aku berdoa moga Allah kekalkan momentumnya untuk terus melakukan amal-amal baik walau dimana juga dia berada dan dalam keadaan atau situasi apa pun dia berada.

Semoga amal-amal baik akan menjadi teladan dan apa yang buruk dari kami dijadikan pengajaran/sempadan oleh anak-anak kami semua.