Selalunya pada setiap 25 haribulan pada setiap bulan, penjawat awam atau orang kerja gomen akan dapat gaji pada tarikh tersebut, kecuali pada bulan-bulan yang didalam terdapat sebarang perayaan atau sebab-sebab tertentu, maka gaji penjawat awam akan di awalkan mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Pada bulan September ni, penjawat awam telahpun menerima gaji seawal 17 September sempena menyambut perayaan Hari Raya Eidul Adha.
Tapi bagi saya, saya tetap akan menerima gaji pada 25 haribulan. Saya tak pernah anggap saya terima gaji awal. Saya kena pastikan saya tak termakan gaji bulan berikutnya kalau gaji pada bulan berikutnya tu diterima lebih awal. Bagi saya, kalau saya ambil gaji lebih awal sebelum waktunya, dikira macam saya sengaja cari pasal.
Korek, korek dan Korek
Bagi setengah orang, dia akan jadi risau bila gaji diawalkan dengan alasan takut termakan gaji yang dah diterima tu. Manakan tidak, ada saja sebab untuk menggunakan gaji yang dah diterima tu dengan niat yang bermacam-macam. Yang pasti, selalunya memang ramai yang akan khianat dengan duit gajinya sendiri. Belum sampai hujung bulan duit gaji dah sampai paras kritikal. Tu yang kadang-kadang terpaksa korek balik apa yang dah disimpan atau ditabung sebelum ni.
Kalau saya, memang saya tak suka buat perangai macam tu. Bukan apa, kalau tak berdisiplin ia akan menyusahkan diri sendiri. Kalau niat kita nak menabung..sampai bila-bila pun tabung kita tak akan penuh sebab asyik kena korek jer. Kalau niat nak pergi haji mungkin tak kesampaian sebab duit tabung haji tak penuh-penuh. Kalau nak beli rumah, mungkin terpaksa menyewa lama lagi sebab deposit 10% yang dikumpul asyik tak mencapai target. Kalau nak beli perabut atau nak beli barang-barang yang sepatutnya boleh dibeli secara tunai pun mungkin terpaksa di beli dengan cara berhutang.
Tak Perlu Risau
Kalau ikut saya, saya tak perlu risau kalau gaji awal, sebab saya tak pernah gunakan duit gaji sebelum pada waktunya. Kalau guna memang cari nahas, segala impian tak akan tercapai. Disiplin diri ni yang sangat penting, walau gaji saya tak sebanyak mana..tapi saya mampu untuk mengawal perbelanjaan saya dan sentiasa cukup walau banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung pada setiap bulan.
Perancangan hidup kita, kita yang tentukan bukan orang lain. Setiap keputusan ditangan kita, nak boros..nak berjimat cermat atau sebagainya. Bagi saya alhamdulillah.., saya lebih selesa untuk berjimat atau bersederhana. Selain dari ia salah satu tuntutan agama, ia boleh memudahkan urusan kita. Insyaallah segala impian mungkin akan tercapai dengan disiplin dan perancangan yang kita buat dan sentiasa mengamalkan Hidup Dengan Prinsip Sendiri. Kepada sahabat-sahabat yang ingin ikut tips saya ni, saya rasa ianya lebih selamat dan didoakan semoga segala apa yang diimpikan akan tercapai. Aamiinnn..