
Ini diantara Ciri-ciri & Kelebihan akaun GAP :
# Pembelian minimum 1 gram
# Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik
perpuluhan (eg. 0.0001gm)
# Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9
# Tiada yuran simpanan
# Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
# Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal
# Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan
# Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)
# Diaudit oleh juruaudit bebas
Kalau mengikut sifu saya Tn. Mohd Zulkifli Shafie, program ini dikira yang terbaik berbanding akaun emas yang ditawarkan oleh bank kecuali Kuwait Finance House. Akaun emas yang ditawarkan oleh KFH hampir menyamai akaun GAP yang ditawarkan oleh Public Gold. Walau bagaimanapun diantara kelebihan akaun GAP, ianya boleh dibeli atau dimulakan dengan hanya membeli 1 gram emas sahaja berbanding 10 gram yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House.
Program GAP ini sangat sesuai bagi :
# Anda yang mempunyai bajet kecil (sekitar RM160 hingga RM200 - ikut harga pasaran PG)
# Anda yang takut simpan sendiri emas yang dah dibeli (PG akan simpan emas kita tanpa sebarang caj kecuali bila kita nak keluarkan emas fizikal tu)
# Anda yang tinggal di perantauan atau yang malas nak pergi sendiri untuk beli emas tu
# Buka akaun emas untuk anak-anak sebagai altenatif selain simpan di Tabung Haji
Bagi anda yang berminat untuk memulakan akaun GAP, saya sertakan langkah-langkah pembelian tersebut :
Ini nombor akaun Maybank dan Public Bank untuk kita bank in duit kepada pihak Public Gold
Emas 1 gram
![]() |
Bank in/Transfer ke akaun GAP dengan harga yang saya bulatkan tu, setiap jam 12 malam harga tu akan berubah mengikut harga pasaran
|
2. Hantar maklumat pembelian kepada Public Gokd dengan menghantar sms/whatsapp ke no ke 017-486 6916 atau emel ke gap@publicgold.com.my, sekiranya pertama kali anda membeli emas Public Gold diruangan introducer, nama dan no PG introducer perlu diletakkan. Saya telah sediakan nama dan no PG saya, sekiranya anda setuju untuk saya menjadi introducer anda atau anda boleh letak mana-mana dealer sebagai introducer anda.
Contoh maklumat bagi pembelian persendirian
Contoh maklumat bagi pembelian bersama ibubapa dan anak-anak
3. Terima penyata pesanan GAP dari Public Gold dalam tempoh 48 jam (dua hari bekerja)
Ini adalah contoh sales order yang akan di emel oleh pihak Public Gold
4. Penyata web GAP, ianya boleh di semak setelah tempoh 48 jam berakhir atau selepas 2 hari bekerja
Contoh penyata yang boleh di login dari laman web Public Gold
Itu lah serba ringkas tatacara belian emas GAP, semoga ianya membantu bagi yang ingin memulakan pembelian emas GAP Public Gold.
Sekian..