Saturday, 5 September 2015

NILAI BERGANDA


Pernah tak anda rasa serba salah bila kita sebagai menantu hanya bersalam kosong dengan mak atau ayah mertua kita semasa kita nak balik semula ke rumah kita. Selalunya anak menantu akan bersalam kaut (bukan majlis kahwin jer ada salam kaut), bila masing2 nak balik ke rumah masing2. Bagi yang tak buat macam tu mesti rasa rendah diri dan mungkin juga akan dipandang rendah oleh kedua mertua kita. Kalau kita memang jenis berduit dan memang kita ni jenis taik hidung masin, memang patut pun dipandang rendah oleh mereka. 

Tapi bagaimana sekiranya memang kita hidup pun cukup-cukup makan jer, tak lebih dari itu. Dengan tanggungan yang ramai, anak sembilan atau sepuluh orang dan gaji kita suami isteri pun tidak seberapa untuk kita faraid kan duit kita tu kepada emak ayah mertua kita tu. Memang serba salah juga lah dibuatnya bila kita nak salam masa nak balik tu. Mertua kita pun mungkin pandang semacam jer kat kita kan..Nak bagi takat RM10 memang tak berbaloi langsung, buat gelak dek mak mertua jer.

RM10 memang tak berapa nak bernilai sangat la kat dunia yang fana ni kan. Tapi ada cara yang boleh kita jadikan RM10 tu sangat bernilai di sisi mereka. Biar mertua kita tu tak pandang sebelah mata kat kita pun tak apa. Nak buat macamana kan, dah itu takdirnya. Macamana nak buat dengan RM10 tu bernilai yang nilainya melebihi nilai emas dan perak. Ha macam ni cara nya..bila2 kita pergi masjid atau ada orang kutip derma untuk buat madrasah/tahfiz, keluarkan lah duit RM10 yang kita malu2 alah nak bagi kat mertua kita tu dan bagilah kepada tabung masjid atau untuk kegunaan tahfiz tadi dan niatkan lah sedekah tu, pahalanya untuk mak ataupun ayah mertua kita. Senangkan.. kita dapat pahala mak atau ayah mertua kita pun dapat pahala sama. Buatlah perkara ini berulang kali sekiranya kita ingin bersedekah, tak kira untuk mak ayah sendiri ataupun mertua kita.

Nanti masa di alam barzakh atau di akhirat mungkin mereka akan terkejut kerana banyak pahala sedekah yang tertulis, disebabkan nilai harta yang sedikit yang dibelanjakan di dunia ni akan menjadi besar nilainya apabila dihitung di akhirat nanti. Tapi kalau tips yang saya bagi ni pun anda tak boleh nak buat, memang tak tau la, anda ni dari spesis mana dan datang dari planet mana, hihihi..

Wassalam..