Setuju
Saya setuju sangat dengan pepatah tu sekiranya memang suami tu mampu, pendapatan berlebihan dan mampu untuk menampung semua keperluan dan juga menanggung semua perbelanjaan didalam keluarganya. Selalunya suami jenis ni mempunyai jawatan tinggi dalam mana-mana syarikat ataupun badan-badan kerajaan. Suami yang bisnesnya dah mula kukuh dan mantop juga tak ada masalah kalau isterinya mengguna pakai pepatah tu. Jadi memang suami tak ada masalah untuk menanggung semua keperluan keluarga malah boleh beri gaji bulanan pula kepada isteri. Bersyukurlah kepada isteri-isteri yang punya suami berduit walau tak kaya sekalipun.
Tak Setuju
Tapi kesiankan, kalau suami jenis tak ada jawatan tinggi dan tak sempat nak berbisnes untuk tambah pendapatan. Gaji hanya cukup-cukup makan yang terpaksa fikir mana nak cari duit untuk tampung perbelanjaan keluarga tambah-tambah lagi dalam keadaan sekarang terpaksa tanggung kos sara hidup yang tinggi. Walaupun isteri bekerjaya dan punya gaji sendiri, tapi tak boleh nak runding sebab itu duitnya.
Kalau ikut saya, bila dah kahwin banyak perkara yang perlu dikongsikan bersama pasangan. Lebih-lebih lagi bila suami dalam kesusahan, siapa lagi nak bantu kalau bukan si isteri. Kalau dari segi tanggungjawab nafkah atau perbelanjaan dalam rumahtangga memang lah ianya terletak diatas bahu suami. Tapi bukan semua suami punya gaji besar atau ada pendapatan lumayan. Kalau ikutkan, kita bekerja pun atas kebenaran suami, kalau suami tak benarkan memang kita tak akan dapat bekerja walau setinggi manapun jawatan yang ditawarkan.
Tak rugi rasanya kalau bantu suami sendiri sebab setiap kebajikan yang kita buat pasti ada ganjarannya. Walaupun pemberian nafkah tidak termasuk dalam tanggungjawab isteri, tapi setiap pemberian atau kebaikan yang kita buat pasti akan dibalas baik. Kalau balasan tu kita tak terima didunia ni, tapi insyaallah kita akan terima ganjaran tu diSANA nanti. Melalui pengalaman saya, saya tidak pernah berkira dengan suami. Sama-sama keluarkan duit untuk perbelanjaan kami sekeluarga. Tiada istilah duit aku, duit aku..duit kau duit aku. Baru hidup akan aman. Jangan susah kan suami untuk pinjam duit orang lain untuk tanggung perbelanjaan keluarga. Selalu juga kita dengar, setiap apa yang telah dibelanjakan oleh isteri untuk keluarga akan diclaim semula apabila suami dapat gaji. Kepada para suami, jika anda punya isteri yang tidak berkira sangat pasal duit, anda dikira beruntung. Jadi tolong jangan sia-siakan hidup mereka yang telah banyak membantu menggalas tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga.
Setiap Kebaikan Ada Ganjarannya

Walau Pemurah Perlu Ketegasan
Seingat saya, saya tak pegang kad ATM bank gaji saya lebih sepuluh tahun tapi mungkin kurang 15 tahun. Dalam tempoh tu saya hanya minta duit dari suami jika ada keperluan untuk saya gunakan duit gaji saya. Selebihnya memang dibawah kelolaan suami saya. Kira macam duit gaji saya tu suami saya punya la. Maklumlah gaji kecil, habis bulan habis gaji. Macam tu la setiap bulan, walaupun ada simpanan melalui potongan gaji yang saya dah buat. Bila terlalu lama berlarutan keadaan yang sama, saya ambil keputusan untuk pegang kad ATM sendiri tapi bukan tujuan nak guna duit tu sorang-sorang. Cuma nak try tengok kalau ada lebih boleh la saya tambah simpanan saya. Hahaha..bila saya pegang sendiri memang ada lebihan dan saya boleh tambah simpanan saya walau tak banyak, sikit-sikit pun lama-lama jadi bukit, bila dah lama-lama mungkin boleh jadi gunung pulak. Kesimpulannya bila dah kahwin setiap kesusahan seboleh-bolehnya ditanggung bersama. Jangan bebankan suami dengan tanggungjawab yang mungkin tidak mampu ditanggungnya sendiri. Dalam kepemurahan hati kita pada suami kadang-kadang perlukan ketegasan supaya apa yang kita korbankan tidak disia-sia kan.