Semua penjawat awam yang berada di gred 41/42 dan ke bawah akan menerima Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM300 sebulan mulai November 2015. Penambahan sebanyak RM50 hingga RM120 sebulan dari kadar sedia ada bagi gred 11 hingga 41/42 adalah untuk meringankan kos sara hidup yang semakin tinggi. Walaupun tidak sebanyak mana kenaikan yang diperolehi, tapi sekiranya ia dimanafaatkan dengan sebaiknya, ianya akan memberi impak yang besar samada untuk perbelanjaan mahupun dalam bentuk simpanan. Walau ia sedikit, kalau disimpan tentunya lama-lama ia akan semakin membukit. Jangan jadikan alasan sedikit untuk menghalang kita dari memulakan simpanan.
Jangan Tambah Hutang
Selalunya bila ada khabar gembira tentang kenaikan gaji atau elaun, sesetengah dari kita mula mencongak-congak apa patut dibeli dengan penambahan elaun yang akan diterima nanti. Jika congakan kita tu menguntungkan, alhamdulillah..tapi jika sebaliknya, fikir-fikirkan semula. Bukan kerana apa, hidup kita mungkin masih panjang yang memerlukan kita berhati-hati dalam percaturan pada setiap perbelanjaan.
Walau umur kita tidak panjang sekalipun, tapi anak atau isteri yang ditinggalkan juga perlukan harta atau wang untuk meneruskan hidup mereka. Alangkah sadisnya jika kita pergi tanpa meninggalkan sebarang bentuk simpanan yang boleh dijadikan alat untuk meneruskan kehidupan, walaupun kita tahu Allah s.w.t maha pemberi rezeki kepada setiap hambaNya. Kita semua pun tahu, wang bukan lah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.

Batalkan saja niat untuk menambah hutang yang tidak menguntungkan sebaliknya cuba disiplinkan diri untuk mula menabung sebanyak-banyaknya. Tak rugi pun kalau tabung kita tu melimpah-limpah. Tak ada orang yang susah hati kalau dia banyak duit, tapi kalau tak ada duit memang akan jadi susah hati. Kalau banyak duit, apa pun boleh buat..nak infaq banyak-banyak, nak beli rumah besar untuk keselesaan keluarga kita, nak beli rumah untuk disewakan atau apa-apa saja yang boleh tukarkan duit kita kepada aset berharga.