Apa perasaan anda bila sesekali mengisi tabung masjid atau mengisi mana-mana tabung infaq (terutamanya dipasar malam yang mengutip dana untuk maahad tahfiz atau sebagainya atau dimana-mana tempat lain) dengan jumlah yang agak banyak dan pada masa yang sama ada orang melihat atau mengetahui anda sedang melakukan perkara tersebut. Pernah tak anda rasa konfius dengan perasaan anda pada masa itu, memang hati kita kata kita tak riak pun, tak ada apa-apa perasaan pun. Bersedekah memang kerana Allah, bukan kerana yang lain. Itu kita pasti dan tau dek kerana riak segala sumbangan atau amalan kita tidak akan diterima nanti kerana riak juga merupakan salah satu syirik kecil.
Ada tak terbit rasa tak yakin dengan hati kita yang mengaku tak rasa riak, tapi syaitan punya angkara kita semacam terjebak juga dengan tipu dayanya. Almaklumlah, syaitan kan suka kita jadi penemannya masa di akhirat nanti. Bukan apa, ruginya kita kalau apa yang kita sedekahkan dengan nilai yang banyak atau kiranya ia sedikitpun tidak apa-apa imbalan yang kita akan terima diSANA nanti. Kalau perkara-perkara lain rasanya memang susah kita nak riak, tapi bila infaq atau sedekah ni macam senang jer kita nak terjebak.
Disini saya nak kongsikan beberapa tips infaq (berbentuk wang) kalis riak pada sahabat-sahabat semua yang kalau boleh apa yang tangan kanan kita beri, tangan kiri takkan tau :
Tips 3 ~ Manafaatkan Kemudahan Internet Banking

Tips 1 ~ Buat Potongan Gaji
Kalau anda bekerja makan gaji samada gomen atau swasta (swasta mungkin susah sikit), buat jer potongan gaji pada setiap bulan. Tak kiralah pada siapa anda nak sedekahkan samada wakaf selangor, wakaf johor, yapiem dsbnya). Tapi tips ini sesuai untuk infaq kepada institusi yang telah diperbadan secara sah.Tips 2 ~ Gunakan Orang Tengah
Kirim duit kita tu kepada suami atau anak-anak kita untuk sumbangkan kepada tabung masjid bila anak atau suami kita solat jumaat atau solat berjemaah di masjid. Kalau ada mana-mana pusat tahfiz atau mana-mana pusat yang memerlukan dana, minta sahaja si anak untuk memasukkan duit kita tu ke dalam tabung tersebut.Tips 3 ~ Manafaatkan Kemudahan Internet Banking
Gunakan kemudahan internet banking untuk kita transfer duit kita tu kepada mana-mana badan yang memerlukan infaq dari kita. Daripada kita asyik beli belah secara online, jangan lupa juga untuk kita manafaatkan kemudahan tersebut yang boleh bawa kita ke syurga Allah.
Saya rasa semua tips ini amat mudah dilakukan dan saya rasa ia dapat membantu kita dari terjebak dengan penyakit riak yang mana ianya sangat merugikan kita.
Semoga bermanafaat..insyaallah
Saya rasa semua tips ini amat mudah dilakukan dan saya rasa ia dapat membantu kita dari terjebak dengan penyakit riak yang mana ianya sangat merugikan kita.
Semoga bermanafaat..insyaallah