Monday, 2 November 2015

BESARnya Tangungjawab Lelaki




Jangan anggap enteng tanggungjawab sebagai seorang lelaki. Tidak kira dimana posisi anda samada sebagai suami, ayah atau anak. Semua posisi tersebut memang ada peranannya tersendiri. Ianya adalah amanah yang perlu di laksanakan dengan bijak, adil serta penuh tanggungjawab. Dimanapun posisinya, anda tidak akan selamat andai tanggungjawab tidak dilaksana dengan sebaik mungkin. Syurga yang diidamkan belum tentu dapat dihuni dan mungkin akan ada yang menarik anda ke gaung neraka walau atas alasan apa sekalipun anda berpaut. Jangan pernah berasa selesa dengan kedudukan anda sebagai lelaki selagi semua tanggungjawab tidak dilaksanakan sebaiknya. 



Sebagai Anak


Tidak mudah jika anda bergelar anak lelaki kerana selagi ibu tidak merasa selesa dengan tindakan atau tidak redha dengan anda, peluang anda nak mendapat syurga Allah belum tentu tercapai. Ramai dikalangan lelaki yang anggap remeh tanggungjawab sebagai anak. Keperluan ibu bapa kurang diambil tahu dan kalau tau pun buat-buat macam tak tau jer. Kadang-kadang anak lelaki kurang sensitif dengan tutur kata sehingga boleh mengguris hati ibu. Kehendak atau kemahuan ibu dipandang remeh sehingga ibu rasa diri dipinggir. Paling sedih bila kata-kata isteri boleh merenggangkan lagi hubungan diantara seorang lelaki dengan ibunya sendiri. 


Selalu saya perhati, isteri dapat mencairkan suaminya dengan kata-kata sehingga ibu sang suami sendiri terabai. Kesian lelaki jenis macam ni sebab saya tak pernah dengar pula "syurga di bawah tapak kaki isteri". Jangan jadikan isteri atau anak-anak anda sebagai penghalang untuk kita menempah syurga Allah. Anda lelaki, kuasa ada ditangan anda..gunakan kuasa anda pada tempat yang betul. Siapa nak tolong anda di SANA nanti kalau anda abaikan ibu bapa kerana anda lebih dengar hasutan isteri. Bukan kata tak perlu dengar terus kata isteri, tapi jangan biar isteri mengawal segala tindak tanduk atau kebajikan anda kepada ibu anda sendiri. 



Lebih pelik lagi bila lelaki yang sepatutnya menjaga kebajikan ibu bapa sendiri, tetapi dengan redho memilih ibu bapa mertua sebagai tempat mencurah segala keringat demi mengambil hati ibu bapa mertua. Berhabis duit hanya kerana membawa ibu bapa mertua pergi bercuti sedangkan ibu sendiri tertunggu-tunggu bila pula gilirannya untuk dibawa bercuti atau berjalan-jalan. Bukan salah, tetapi salurannya kurang tepat bila kebajikan ibu bapa mertua lebih dijaga melebihi kebajikan ibu bapa sendiri. Memang dari sudut pujian atau penganugerahan, anda memang dapat award "menantu terbaikk abad ini". Tapi apalah ertinya jika anda diibaratkan seperti "menang sorak, kampung tergadai". Lebih baik dahulukan yang wajib, yang sunat dan yang harus dah tentu tak buat pun tak apa-apa..cuma tak dapat pahala extra jer. Sungguh tak faham saya bila situasi ini berlaku kepada anak-anak yang berjantinakan lelaki.


Ada anak lelaki tidak pulang ke kampung kerana isteri tak suka keluarga suami, sebab takut hubungan dengan si isteri retak, si suami sanggup akur dengan kehendak isteri tanpa memikirkan perasaan ibunya sendiri. Sedangkan hati ibulah yang perlu dijaga supaya jangan ada terdetik rasa kecil hati dengan tindakan atau pelakuan kita. Sebagai ibu, walau sekecewa manapun hatinya, ibu takkan zahirkan apa yang terpendam dihatinya. Tidak sampai hatinya untuk mengatakan hatinya terguris kerana tindakan kita. Melalui pengalaman dan pemerhatian saya, kalau anda nak tau samada anda pernah melukakan hati ibu anda atau tidak, jangan tanya kepada ibu anda..memang ibu anda tidak akan mengakui kesalahan atau perkara yang mengguriskan hatinya, tetapi tanyalah kepada adik-beradik anda sendiri, atau kepada orang yang terdekat dan rapat dengan ibu anda. Dari situ anda akan mengetahui sikap anda samada pernah mengguris hatinya atau tidak. Situasi ni biasa saya lihat, apabila sesorang ibu tidak tertahan memendam perasaan, maka kepada orang yang rapat dengannya akan diceritakan segala yang terpendam.


Mungkin gambar ini boleh memotivasikan anda agar segala perhatian dan kasih sayang dapat dicurahkan sepenuhnya terhadap ibu anda kerana redho Allah bergantung pada redho ibunya.


Peranan Anda Sebagai Suami


Beruntung anda jika isteri anda faham agama dan sentiasa mengamalkannya. Lebih untung jika isteri anda punya kelebihan dalam pengetahuan agama. Sudah tentu tanggungjawab anda sebagai suami sedikit ringan kerana tidak perlu mengajar isteri atau gajikan ustaz untuk ajar isteri tentang agama. Tanggungjawab seorang suami bukan setakat memberi nafkah zahir dan batin sahaja. Macam-macam perkara yang sepatutnya suami kena ambil tahu tentang isterinya, terjagakah auratnya, adakah isteri arif tentang bersuci, dari segi solat dan bacaan di dalam solatnya. Setahu saya jarang-jarang sang suami bertanya atau menyemak apa yang dilakukan dalam amalan seharian isterinya samada betul atau tidak. Pernah tak para suami semak bacaan fatihah isteri sebab dalam solat fatihah adalah salah satu rukun, jika salah bacaan tidak sah solatnya. Pernah tanya bagaimana cara isteri mandi wajib? betul atau tidak. Ustaz kata kalau suami tak pandai ajar isteri, suami perlu ajak isteri mengaji/belajar dimana-mana samada di masjid atau tempat-tempat pengajian. 

Kalau perempuan dah bergelar isteri, semua tanggungjawab terletak dibahu suami. Habis kalau apa yang isteri buat semuanya tak betul dan si suami tak pernah ajar dan tak pernah semak. Si suami akan dipertanggungjawabkan kenapa dia tak ajar isterinya. Setahu saya, bukan kata nak semak atau ajar, suami sendiri pun bab-bab agama ni pun ke laut. Macamana nak semak, ilmu agama pun tak pernah atau jarang sekali belajar. Kalau macam tu, macamana si suami senang-senang nak masuk syurga, sebab nanti si isteri akan salahkan suami kerana suaminya tak pernah ajar atau semak apa yang dibuatnya betul atau tidak semasa di dunia.

Selalunya suami akan marah kalau isteri tidak memakai tudung apabila nak kemana-mana majlis atau keluar bekerja. Tapi bila si isteri pergi menjemur pakaian atau bersembang dengan jiran-jiran di sebelah rumah tiada pula teguran dari sang suami. Sedangkan hukumnya adalah sama, selagi aurat dapat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram ianya tetap berdosa. Samada si suami terlepas pandang atau si isteri tidak ambil peduli teguran suami, itulah realiti yang berlaku. Jika didikan dan nasihat telah diberi, namun si isteri engkar dengan suruhan suami, selamatlah si suami. Jika sebaliknya, sudah tentu akan disoal di SANA nanti. 

Jika Anda Seorang Ayah


Sebagai ayah, beri makan dan pelajaran akademik sahaja tidak lagi tertunai tanggungjawab sebagai seorang ayah. Mendidik pula bukan hanya terletak dibahu seorang ibu. Ayah juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik dan membentuk anak-anak. Ketegasan seorang ayah akan menjadikan seseorang anak agak mudah untuk menerima atau patuh dengan segala suruhan. Jika ayah sambil lewa, sukar untuk ibu membentuk anak-anak menjadi yang terbaik kerana sifat seorang ibu yang sedikit lembut berbanding ayah. Dengan hanya didikan seoarang ibu, tanpa ayah sama membantu mungkin hasrat untuk mendidik mengikut acuan yang diinginkan begitu sukar untuk dicapai.   


Jika ayah tidak buka mulut untuk mendidik atau menasihati anaknya ke arah kebaikan sedangkan anak begitu aktif melakukan maksiat. Mendedah aurat dibiarkan, pergaulan bebas tidak disekat, pulang lewat malam tidak dihirau. Seperti Sazali, ayah yang baik tetap dipersalahkan kerana tidak mendidiknya dengan betul dan dimanjakan bukan pada tempatnya. Bukan tunggu diakhirat ayah akan dipersalahkan, didunia lagi anak telah menempelak sikap ayah yang tidak menunaikan tanggungawab sebagai pemimpin. Nanti bila diakhirat masing-masing salah menyalah diantara satu sama lain. Yang penting diri sendiri selamat tidak kira ia suami, isteri, anak. Agak-agak anda terlepas tak dari dipersalah kan oleh anak-anak. 


Ada anak-anak yang solatnya tidak betul, wuduknya tidak sempurna, mandi wajibnya entah macamana. Kalau si ayah ambil tahu dan semak semula samada betul atau salah, tentu di SANA nanti tidak akan ditanya lagi. Tapi cuba fikir-fikirkan selama apa yang dilakukan anaknya tidak betul dan tidak sah. Siapalah agaknya yang akan dipersalahkan, takut juga ye..Inilah fenomena biasa yang selalu kita tengok, ada ayah-ayah yang buat tak kisah, sedangkan itu tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin atau khalifah di dalam keluarganya sendiri. Jom muhasabah diri, apa-apa yang patut dibetulkan, betulkan lah. Jangan harapkan isteri untuk mendidik kerana jika si suami tidak mendidik isteri bagaimana pula isteri nak mendidik anak-anaknya lebih-lebih lagi jika kedua-duanya suami dan isteri sama-sama mencari nafkah untuk keluarga.