Bangga mengikut maksud di dalam kamus bahasa melayu Dewan Bahasa dan Pustaka adalah berbesar hati atau megah manakala syukur membawa maksud terima kasih yang merujuk kepada pemberian atau kurniaan Allah kepada hambanya. Apakata kita muhasabah diri, samada kita berbangga atau bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita.

Berbangga atau bersyukurkah kita bilamana direzekikan kepada kita oleh Allah seorang isteri yang cantik dan gebu, suami yang handsome dan jutawan, anak-anak yang comel dan bijak. Bersyukurkah kita jika kita membiarkan isteri kita mendedahkan auratnya, malah rasa bangga apabila dia menguraikan rambutnya tanpa ada sebarang didikan atau teguran yang membina. Bersyukurkah kita apabila membiarkan suami yang handsome dan juwatan tidak endah langsung untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Nampak bersyukurkah kita apabila mempunyai anak yang comel dan bijak tetapi tidak di didik untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, yang apabila besar nanti anak-anak yang comel ini dengan selamba membuka auratnya dikhalayak ramai..sendat bajunya, walau pun memakai baju tetapi terkeluar pusatnya, dan pabila anak-anak kita dengan gembiranya bergaul diantara lelaki dan perempuan tanpa menjaga batas yang disyariatkan oleh Allah, berbangga pula apabila membawa teman lelaki atau perempuan balik kerumah.

Janganlah berbangga dengan kurniaan Allah yang direzeki kan kepada kita, kerana isteri yang cantik dan gebu, suami yang handsome dan jutawan, anak-anak yang comel dan bijak tidak akan kekal selamanya. Kerana yang cantik dan gebu akan kerepot juga akhirnya..yang handsome akan tua jua akhirnya, yang kaya belum tentu akan kaya selamanya..yang comel lama kelamaan akan hilang comelnya..yang bijak tak semestinya akan waras sepanjang masa..kerana ini semua adalah hak Allah, bila-bila masa yang ia kehendaki boleh saja Dia menarik semula kurniaanya..tetapi dengan bersyukur kita akan memanafaatkan sebaiknya apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kita..dan merasa ia suatu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita untuk ditadbir dengan sebaiknya.
Berbangga atau bersyukurkah kita dengan kesihatan yang Allah anugerahkan..bersyukurkah kita dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita jika kita mencebik kepada orang yang selalu diuji dengan sakit.. dikira bersyukurkah kita kerana sering mempertikaikan kesihatan teman-teman kita dan keluarganya yang diuji dengan pelbagai masalah kesihatan. Bersyukur kah kita dengan kesihatan yang Allah kurniakan selagi kita tidak mendoakan kesihatan teman-teman yang selalu diuji dengan pelbagai penyakit. Bersyukurkah kita selagi nikmat kesihatan yang Allah kurniakan tidak digunakan untuk manafaat di jalan Allah atau beribadat bersungguh-sungguh sementara belum di datangkan penyakit kepada kita. Janganlah berbangga dengan kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita kerana penyakit mampu datang sepantas kilat yang belum tentu bila akan pulihnya.
Nikmatilah lagu ini buat renungan kita bersama..khas untuk diri saya dan sesiapa sahaja..