Saturday, 16 August 2014

BERSEDEKAH... HANYA DENGAN SEBUAH SENYUMAN ???



Kalau dulu, susah sekali untuk saya bersedekah/menderma, selalu saja terasa seperti tidak cukup wang untuk bersedekah. Dengan gaji yang begitu kecil memang terasa akan kekurangan wang apabila kita keluarkan sebahagiannya untuk bersedekah. Hati akan berkata "kalau aku bagi duit ni dengan orang/bersedekah, semakin sikit lah duit yang aku ada sekarang" dan pelbagai perasaan lagi timbul apabila mahu bersedekah/menderma. Selalu juga orang berkata.." bersedekah lah walau hanya sebuah senyuman..atau cukuplah dengan bersedekah apa yang ikhlas di hati ", memang lah kita selalunya akan merasa ikhlas dengan bersedekah dalam keadaaan yang tidak merugikan kita atau tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak.

Persoalannya sampai bilakah kita akan menerima pahala yang begitu sedikit dengan hanya memberi sebuah senyuman berbanding jika sekiranya kita menginfaq sebahagian dari harta kita yang kita sayangi kepada yang memerlukan dengan pahala yang setimpal dengan harta/wang yang kita infaqkan. Tidak mahukah kita menyimpan sesuatu yang besar nilainya untuk saham kita di akhirat nanti. Itu sahaja simpanan kita yang kekal dan boleh dimanafaatkan apabila kita dibangkitkan semula di akhirat nanti. Simpanan kita di dunia/bank belum tentu boleh memberi manafaat kita di SANA nanti, kerana ia akan menjadi harta pusaka yang entah kemana akan dibelanjakan oleh pewaris kita nanti.

Selalu saja saya mendengar sesetengah individu berkata "apa guna kita bertungkus lumus bekerja mencari wang, sedangkan tidak dibelanjakan untuk kesenangan kita di dunia ini ", sekurang-kurang penat lelah kita mencari rezeki dapat juga kita nikmatinya dengan membeli apa sahaja yang dihajati ". 
Memang tidak salah untuk membelanjakan mengikut kemahuan kita, ianya terserah kepada individu itu sendiri. Namun berbelanja lah secara berhemah, tidaklah sampai membazir dan berlebih lebihan..membeli pakaian sehingga tidak ada tempat untuk menyiman kerana terlalu kerap membeli pakaian, membeli pakaian yang begitu mahal dan pelbagai lagi ragam manusia demi kehidupan sementara di dunia ini. 


Bagi saya, memadai lah dengan kehidupan yang sederhana di dunia ini..dan sebahagiannya kita manfaatkan kepada yang sangat memerlukan kerana rezeki yang kita terima dari Allah SWT bukan hanya untuk diri dan keluarga kita sahaja tetapi juga untuk saudara-saudara kita atau untuk kepentingan agama kita juga. Saya sangat yakin dengan janji Allah SWT, bahawa Allah SWT akan menambah rezeki hambanya yang tidak lokek untuk menginfaq sebahagian hartanya ke jalan Allah.


Telah terbukti apa yang dijanjikan oleh Allah..kerana membelanjakan sebahagian dari pendapatan saya untuk kepentingan agama Allah, walau gaji yang tidak seberapa berbanding tanggungan yang ramai, yang perlu saya belanjakan untuk mereka, walau tidak kaya sekalipun, Allah sentiasa sahaja mencukupkan rezeki kami suami isteri, tanpa perlu bersusah hati menghadapi hari esok. Percayalah.. persepsi wang akan berkurangan kiranya kita memberi kepada orang yang memerlukan/bersedekah adalah tidak benar sama sekali seperti yang pernah saya fikirkan dulu..


Bersedekah atau infaq lah sebahagian dari harta kita sebelum terlambat ..menyesal dahulu pendapatan menyesal di alam barzakh tidak lagi akan berguna..