Bukan mudah mengucap maaf, kalau
bukan seorang pemaaf. Bukan mudah mengaku salah kalau bukan kerana diri
muhasabah. Bukan mudah untuk redha, jika hati tidak pernah sedar. Jika tidak
kerana mu Ya Allah mungkin tidak akan mampu diluah, manakan tidak sudah puas
hati disentap, menanggung duka yang kerap dihadap.
Tidak diendah ketika bersua, hati
terguris bagai dihiris, menahan sebak hingga tersedak, hati sedih tak pernah
pulih. Namun layanan mu masih ada kasih, tiada tanda pernah diguris,
tiada dendam berserta kesumat, sentiasa ceria tika di sapa, raut muka tidak pula mencuka,.
Mengapa manusia sanggup begitu, hati tidak pernah ada susah, diri tidak terasa insaf, hingga sanggup
buat derhaka, tidak kira dosa atau pahala. Sudah-sudahlah berperangai begitu,
jangan pula sampai tak sempat, taubatlah segera moga dimaaf.
Ibu bukan tandingan untukmu, ibu
mulia disisi semua..bukan saja ibu kandungmu tapi juga ibu mertuamu, darjatnya
sama.. sama juga seperti suamimu. Kekalkanlah silaturrahim ini, jenguklah selalu
sepertu juga ibu kandungmu, jangan disemai lagi baka kesumatmu, jangan dibaja
kiranya tersemai, akhiri hidupmu dengan silaturrahim, silaturrahim yang sihat dan juga subur, seperti
suburnya kesumat mu dulu.
Jangan diulang perangai lama mu,
banyak yang rugi dari untungnya, bahana didunia mungkin belum nampak lagi, tapi di
akhirat macam sudah pasti. Baki umurmu untuk diinsafi, apa yang terlanjur boleh
diampuni, hanya taubat pada yang ESA..insyaallah pintunya masih lagi terbuka,
sebelum terlambat buat lah segera, jika ditangguh pastinya merana.
Silaturrahim ini perlu dijaga,
sebagai syarat untuk ke syurga..walau yang lain suci dijaga, tapi yang ini wajib dijaga, seperti menjaga tiang agama, tanpa nya juga pasti neraka.
Kedit foto : SyafiqahMohammad