Sunday, 8 December 2019

SEDEQAH SUBUH

Kita selalu mendengar tentang hebatnya sedeqah, lebih hebat lagi bila kita mampu lakukan setiap hari secara istiqomah.  Makinhebat lagi bila kita mampu besedeqah setiap hari di awal pagi pada waktu subuh. Sedeqah ini dinamakan sedeqah subuh.

Saya pun baru saja tahu kaifiat untuk melakukan sedeqah subuh ini. Sebelum ini seperti tidak terfikir untuk melakukannya. Tapi dengan perkongsian dari Ustaz Muhadir Hj Jol di dalam slot motivasi pagi pada tahun 2016 di radio ikim.fm.
 
Alhamdulillah, saya akan terus melakukannya  hingga ke akhir hayat saya, insyaalllah. Terima kasih ustaz, kerana memberi peluang kepada saya untuk melakukan sedeqah subuh.

Caranya amat mudah, sediakan sendiri satu bekas/tabung dan namakan/tuliskan sebagai tabung sedeqah subuh. Setiap hari waktu subuh masukkan duit ke dalam tabung tersebut mengikut kemampuan sendiri. Jika terlupa untuk memasukkan duit ke dalam tabung tersebut, asingkan duit tersebut di tempat lain dan niatkan saja duit tersebut untuk sedeqah subuh. 

Atau kadang-kadang saya gandakan saja duit sedeqah itu pada subuh keesokan harinya. Maksudnya sedeqah subuh itu tidak akan pernah miss walaupun sehari, kerana kita tetap akan menggantikannya walaupun kita terlupa untuk memasukkannya.

Pernah juga saya mengajarkannya kepada beberapa orang kawan tentang cara untuk besedeqah subuh ini. Alhamdulillah, ia telahpun dipraktikkan dan paling menyeronokkan dia juga telah mengajarkan kepada kawan-kawanya supaya mengikut jejaknya untuk melakukan sedeqah subuh. 

Ini yang di katakan ilmu yang bermanfaat yang mengalirkan pahala buat kita jika orang tersebut terus mengamalkan amalan yang baik ini.

Moga ilmu-ilmu yang baik dapat kita kongsikan bersama agar kita sama-sama mendapat keberkatan dan rahmat dariNya dan seterusnya memperoleh syurga bersama-sama.