Semua penjawat awam yang berada di gred 41/42 dan ke bawah akan menerima Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM300 sebulan mulai November 2015. Penambahan sebanyak RM50 hingga RM120 sebulan dari kadar sedia ada bagi gred 11 hingga 41/42 adalah untuk meringankan kos sara hidup yang semakin tinggi. Walaupun tidak sebanyak mana kenaikan yang diperolehi, tapi sekiranya ia dimanafaatkan dengan sebaiknya, ianya akan memberi impak yang besar samada untuk perbelanjaan mahupun dalam bentuk simpanan. Walau ia sedikit, kalau disimpan tentunya lama-lama ia akan semakin membukit. Jangan jadikan alasan sedikit untuk menghalang kita dari memulakan simpanan.
Jangan Tambah Hutang
Selalunya bila ada khabar gembira tentang kenaikan gaji atau elaun, sesetengah dari kita mula mencongak-congak apa patut dibeli dengan penambahan elaun yang akan diterima nanti. Jika congakan kita tu menguntungkan, alhamdulillah..tapi jika sebaliknya, fikir-fikirkan semula. Bukan kerana apa, hidup kita mungkin masih panjang yang memerlukan kita berhati-hati dalam percaturan pada setiap perbelanjaan.