Sesekali aku merenung jauh..merenung kembali kehidupan lalu,
merenung kembali tanggungjawab yang telah diamanahkan..adakah telah terlaksana atau
masih belum terlaksana sepenuhnya..tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak,
jiran dan sebagainya..mungkin terlalu banyak yang masih belum terlaksana…bah
kan tanggungjawab diri sendiri terhadap Allah s.w.t dan RasulNya.
Terkadang berbagai impian ingin digapai..menjadi isteri
solehah, ibu mithali, anak yang soleh, jiran yang baik terhadap tetangga, malah
pelbagai impian terlukis diminda..namun apa yang pasti sukar bagi ku untuk
memenuhi segala impian itu. Pelbagai faktor penyumbang kepada kegagalan impian
yang ingin dikecapi..penting bagi ku untuk bermuhasabah dan menginsafi diri ini
agar matlamat kehidupan tidak tersasar dari landasannya.