Bila tengok anak orang berjaya dengan
cemerlang dalam akademik hati rasa seronok bercampur sedih. Seronok sebab Allah
bagi kelebihan pada anaknya bijak dan boleh dapat 10A, 11A, 12A dalam
peperiksaan. Tapi bila tengok anak kita, semuanya pada tahap biasa-biasa dan yang tak menunjukkan minat untuk belajar pun ada. Dalam hati terfikir juga, mungkin kita tak
pandai ajar anak atau tak boleh nak disiplinkan diri anak-anak untuk belajar
dengan baik. Namun, bila di amat-amati semula, kadang-kadang ada jer anak-anak
yang tak dijaga oleh ibu bapa ataupun kadang-kadang ibu bapanya tidak ambil
tahu pun pelajaran anak-anaknya, tapi anak-anaknya tetap cemerlang akademik.
Sebagai contoh, ibu bapa bercerai berai..emak entah kemana, si ayah cari
pasangan lain dan tidak ambil tau pun anaknya bersekolah atau tidak. Tapi
anaknya ok jer..belajar bagus, keputusan cemerlang.
Tapi kita ni dah berbuih-buih
mulut suruh anak belajar, nasihat elok-elok sudah..marah-marah pun pernah. Bagi
contoh macam-macam cerita, cerita zaman dulu punya la susah, nak makan nasi pun
payah, asyik makan ubi jer, pergi sekolah naik basikal berbatu-batu jauhnya.
Kalau basikal cantik tak per.. basikal pun dah boleh masuk muzium. Cerita
sambil menangis bukan main lagi, nak bagi anak sama-sama sedih dengan kita dan supaya
dia dapat menjiwai kesusahan kita dimasa lampau. Dengan harapan anak boleh berubah dan boleh
belajar bersungguh-sungguh demi masa depannya.
Kadang-kadang kalau dah geram
sangat, pukul juga anak tu biar dia sedar diri yang kita suruh belajar ni bukan
main-main tapi suruh sungguh-sungguh. Denda anak suruh anak tidur luar pun ada
(sekejap la, nanti kalau lama hilang pulak.. susah) biar dia serik dan lepas ni
kena belajar betul-betul. Pendek kata bukan tak ambil tau langsung tentang
pelajaran anak, tapi walaupun dah berusaha nasihat, denda dan bagi contoh
orang-orang yang dah berjaya, pencapaian akademik masih sama dari dulu, kini
dan harap-harap tak selama-lamanya. Saya tak mampu untuk bacakan buku untuk
mereka, saya tak mampu untuk jawab kan soalan peperiksaan mereka kerana ini
tanggungjawab mereka sendiri. Saya juga tak mampu mengawal sepenuh masa semasa
mereka belajar kerana saya juga ada tugas lain yang perlu diselesaikan sesuai
dengan tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri dan anak.
Sehingga ke hari ini, saya
seperti telah pasrah..tiada lagi denda, tiada lagi rotan untuk mereka.
Walaupun kadang-kadang hati terasa risau dengan pencapaian anak-anak, saya
hanya mampu memberi nasihat dan memberi contoh saudara mara yang telah berjaya
supaya mungkin akan tersuntik semangat mereka untuk berusaha apabila dibukakan
hati oleh Allah s.w.t. nanti. Saya sentiasa berdoa agar akan terbuka hati
mereka untuk belajar bersungguh-sungguh, kerana ini masa untuk mereka belajar. Berdoa
supaya mereka mudah faham dengan apa yang diajar oleh guru mereka. Berdoa
supaya mereka berjaya baik di dunia mahupun di akhirat.
Jika tidak dikurniakan bijak
akademik, saya berdoa dan berharap anak-anak saya bijak dari segi lain. Bijak
berbisnes, bijak dari segi kemahiran atau apa saja yang memberi kebaikan kepada
mereka. Yang dapat menjana ekonomi untuk diri dan keluarga mereka nanti. Tidak
semestinya bijak akademik sahaja akan menjadikan mereka berjaya apabila mereka
dewasa nanti. Sedangkan yang tidak punya pelajaran pun mampu menjadi jutawan
atau usahawan, asal saja mereka rajin berusaha. Saya selalu ucapkan supaya anak saya boleh menjadi seorang jutawan atau usahawan walaupun
mereka tidak bijak dalam bidang akademik.
Hingga ke
saat ini, saya redha menerima kentuan Allah, menerima seadanya tahap kemampuan mereka dan sebarang
kekurangan yang mungkin anak saya kurang dari segi IQ dan disamping tu berdoa
agar Allah beri peluang kepada anak-anak supaya mereka berjaya dalam pelajaran
dan yang paling penting akhlak dan perilaku mereka baik. Dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan tidak
lupa kepada tanggungjawab mereka kepada kedua ibubapa. Aaminnnn…
Kredit Foto : Kompasiana