Anak-Anak ku..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t yang telah mengurniakan kesihatan dan masih lagi dapat menikmati udara segar pada hari ini, juga selawat dan salam ke atas junjugan besar nabi Muhammad s.a.w. Syukur juga anak-anakku, kita telah dilahir kan di dalam islam iaitu nikmat yang tidak ternilai buat kita. Tiada nikmat yang lebih baik melainkan nikmat islam dan iman. Anak-anak ku, bila kau telah mula mengenal erti hidup, janganlah kau lupa dan lalai tentang apa yang ibu akan nukilkan ini.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t yang telah mengurniakan kesihatan dan masih lagi dapat menikmati udara segar pada hari ini, juga selawat dan salam ke atas junjugan besar nabi Muhammad s.a.w. Syukur juga anak-anakku, kita telah dilahir kan di dalam islam iaitu nikmat yang tidak ternilai buat kita. Tiada nikmat yang lebih baik melainkan nikmat islam dan iman. Anak-anak ku, bila kau telah mula mengenal erti hidup, janganlah kau lupa dan lalai tentang apa yang ibu akan nukilkan ini.
Anak-Anak ku..
Buat lah apa yang telah disyariatkan dan hindari lah apa yang telah dilarangNya. Jangan sekali-kali kamu mencuba-cuba perkara yang dilarangNya kerana sekali kamu mencuba kamu tidak akan takut berbuat kali keduanya. Jaga lah prestasi kamu dengan Allah walau sesukar mana untuk melakukan kebaikan dan berusahalah sedaya upaya juga untuk menghindari kemaksiatan. Jangan lupa berjinak-jinak untuk melakukan perkara-perkara sunat sedari awal supaya kamu terbiasa sehingga ia menjadi seperti perkara wajib bagi kamu. Basahkan lidah mu dengan berzikir agar penghujung hayat mu dalam keadaan khusnul khotimah.
Anak-Anak ku..
Anak-Anak ku..
Anak-Anak ku..
Dan apabila keduanya telah tiada lagi didunia ini, jangan kamu lupa untuk mendoakan keduanya.. memohon keampunan dan kerahmatan dari Allah s.w.t untuk kedua ibu bapa kamu kerana hanya itu sahaja harapan dari ayah dan ibu terhadap anaknya setelah mereka kembali mengadap Allah Rabbul jalil. Jangan lupa anakku..hanya doa seorang anak yang dapat membantu kedua ibu dan bapanya semasa di alam barzakh selain dari amal baik yang telah dilakukan mereka semasa hidupnya. Jangan juga kamu bakhil untuk menyedekahkan Al-Fatihah atau bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada keduanya yang sangat mereka harapkan dari kamu anak-anaknya.Jagalah silaturrahim diantara sesama kita kerana terlalu berat dosa bagi mereka yang memutuskan silaturrahim. Ingatlah walau apa pangkat dan darjat kamu, perhubungan silaturrahim perlu dihubungkan. Jangan sesekali kali kamu memutuskan silaturrahim walau sejahat mana manusia itu melakukan kejahatan terhadap kamu. Sesungguhnya Nabi s.a.w pernah bersabda yang diantara maksudnya "...rahmat tidak akan turun pada suatu kaum jika ada diantara mereka yang memutuskan hubungan keluarga/silaturrahim". Lihatlah anakku, betapa pentingnya hubungan siliaturrahim dijaga sebaiknya. Jagalah peradaban kamu dengan orang-orang yang lebih tua terutamanya kepada keluarga-keluarga mu, guru-guru, orang-orang yang telah berbakti kepada mu juga rakan sebaya dan juga adik-adik yang lebih muda dari kamu.
Nota : Catatan ini untuk mengingatkan anak-anak ibu, juga buat memotivasikan ibu agar dapat melaksanakan amal kebaikan dan tidak sewenangnya melakukan dosa dan berharap ianya juga akan memberi manafaat kepada sesiapa jua yang membacanya..Aminnn..